Tawaran Kemasukan Ke Asrama Semai Bakti FELDA Tingkatan 1 Tahun 2023

Pengurusan Asrama Semai Bakti FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA mengalu-alukan murid tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023 untuk membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) bagi pengambilan tahun 2023.

Untuk memohon, calon bolah melayari pautan disediakan bermula pada 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022. Adik-adik kini di Tahun 6 sesi 2022/2023 dipelawa rebut peluang ini! Pelbagai inisiatif pendidikan termasuk kemudahan asrama disediakan demi kesejahteraan generasi baharu FELDA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan ke Asrama Semak Bakti FELDA dan panduan buat permohonan.

ASRAMA SEMAK BAKTI FELDA

Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) telah diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar. ASBF juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.

Asrama Semai Bakti FELDA bertempat di beberapa lokasi berikut:

  • Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL)
  • Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru (ASBFJB)
  • Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA bagi tahun 2023 boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA adalah:

  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).
  • Calon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini dari sekolah masing-masing.
  • Generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.
  • Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

Syarat Tambahan:

  • Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
  • Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.

Kelayakan Maksimum:

  • Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).
  • Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.

MATA PELAJARAN UKKP

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Sahsiah dan Keperibadian

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat nak daftarkan anak ke Asrama Semai FELDA bagi tahun 2023 dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan kemasukan Tingkatan 1 sepanjang tempoh permohonan dibuka di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan permohonan ke Asrama Semai FELDA, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: 03-2191 2058
  • Emel: edu.unit@felda.net.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma