Persiapan Calon Untuk Menghadiri Temuduga Jawatan Gred 29 Dan Ke Atas Yang Ramai Terlepas Pandang

Tahniah sekiranya anda dipanggil untuk temuduga dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)! Bukan semua orang mampu ditawarkan untuk ke temuduga. Jadi pastikan anda buat yang terbaik untuk temuduga sebenar nanti.

Ada beberapa perkara yang calon sering terlepas pandang dan mungkin akan menyebabkan calon gagal hanya disebabkan hal-hal remeh ini. Untuk persiapan calon ke temuduga, pastikan anda ikuti perkongsian di bawah supaya tidak melakukan kesilapan yang sering calon lain lakukan ini.

PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA

1) Semak Kelayakan Akademik MQA

Sebenarnya masih ramai yang terlepas pandang hal ini dan rasakan buat semakan kelayakan akademik MQA ini tidak penting. Anda sudah pasti program pengajian anda telah disahkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia? Sebaiknya anda buat semakan dan cetak sijil kelayakan MQA untuk dibawa ke temuduga nanti.

Anda boleh buat semakan kelayakan akademik di pautan berikut:

2) Muat Naik Maklumat Dalam Sistem MyResume

Pastikan anda lengkapkan resume SPA anda melalui sistem MyResume. Ramai calon yang lupa muat naik dokumen penting berikut:

  • Gambar
  • MyKad
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil Akademik

Pastikan anda muat naik dokumen tersebut ke sistem MyResume sebelum tarikh temuduga tiba.

3) Cetak Senarai Semak

Bila dah lengkapkan resume di sistem MyResume, pastikan pula anda cetak senarai semak temuduga dari sistem tersebut. Senarai semak penting untuk calon semak senarai dokumen yang perlu dimasukkan dalam fail untuk dibawa ke temuduga.

Calon juga perlu sertakan sekali senarai semak di dalam fail temuduga nanti. Untuk rujukan calon, sila semak susunan fail temuduga yang betul.

4) Bawa Dokumen Asal

Untuk fail utama yang akan diserahkan dalam temuduga, pastikan anda serahkan dokumen asal. Jangan sesekali serahkan salinan dokumen kerana ia mungkin tidak akan dipercayai oleh penemuduga. Mereka hanya pandang dokumen asal sahaja.

Namun, calon boleh juga bawa salinan dokumen untuk persediaan sekiranya diminta.

5) Datang Awal Ke Temuduga

Pastikan anda berada di Pusat Temu Duga 30 minit AWAL sebelum waktu yang dijadualkan. Lebih awal lagi bagus! Hal ini berkaitan disiplin calon. Sebelum calon memasuki bilik temuduga lagi calon sudah dinilai terutamanya dari segi disiplin diri dan pengurusan masa.

Baca juga: Penilaian Dalam Temuduga Kerajaan Yang Calon Wajib Tahu Jika Nak Lulus

Untuk pengetahuan anda, kegagalan untuk mematuhi perkara-perkara yang dikongsikan ini serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan calon. Jadi calon dinasihatkan untuk tidak memandang remeh tentang perkara ini.

Semoga bermanfaat!

Persiapan Calon Untuk Menghadiri Temuduga Jawatan Gred 29 Dan Ke Atas Yang Ramai Terlepas Pandang

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma