Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

AEON Credit Management Trainee Programme: Tawaran Program Latihan Pengurusan AEON Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • February 16, 2023 • 2 min baca

AEON Credit Management Trainee Programme: Tawaran Program Latihan Pengurusan AEON Buat Graduan
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda merasakan anda mempunyai kriteria yang diperlukan untuk menjadi pemimpin generasi seterusnya dalam sektor kewangan? AEON Credit Service (M) Berhad percaya dalam membangunkan bakat muda dan memaksimum potensi mereka untuk berkembang maju pada masa hadapan serta menyediakan pertumbuhan peribadi dan profesional jangka panjang.

AEON Credit Service (M) Berhad menawarkan program pelatih pengurusan berstruktur yang akan membuka peluang yang luas untuk kemajuan kerjaya, memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu untuk menyokong AEON berkembang pesat.

Graduan yang berminat untuk sertai program bina kerjaya yang ditawarkan oleh AEON ini boleh mohon segera, jangan lepaskan peluang ini!

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: AEON Credit Service (M) Berhad
  • Nama program: AEON Credit Management Trainee Programme
  • Tempoh program: 18 bulan
  • Penempatan: Bergilir dalam pelbagai jabatan

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti program latihan yang ditawarkan adalah:

  • Peluang mendapat penempatan kerja tetap
  • Gaji permulaan RM3,600
  • Jika tamat latihan dengan berjaya dan berjaya mendapat penempatan jawatan, gaji ditawarkan RM5,500 (T&C apply)
  • Kelayakan bonus
  • Pelbagai kelebihan menarik

SYARAT KELAYAKAN

Pengambilan graduan bagi kemasukan AEON Credit Management Trainee Programme adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan baharu dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda
  • Tamat pengajian dengan First Class Honours atau minimum CGPA 3.5 dan ke atas
  • Kemahiran komunikasi yang baik
  • Pernah memegang jawatan kepimpinan di sekolah atau universiti
  • Mampu bekerja secara berpasukan, bertenaga dan bermatlamat tinggi
  • Bersemangat dan komited untuk menyumbang ke arah pembinaan kerjaya

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk bina kerjaya melalui program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sekarang dengan menghantar RESUME ke alamat email berikut:

  • recruitment@aeoncredit.com.my

Anda boleh terus email ke alamat tersebut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau terus ke laman www.aeoncredit.com.my untuk maklumat lebih lanjut program ditawarkan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.