Cara Mohon Salinan Sijil SPM, PMR, STPM & MUET Melalui e-Lembaga Peperiksaan (eLP) •Bantuan Yuran Tadika Selangor RM50 Sebulan, Ini Syarat Dan Cara Mohon TUNAS YAWAS •Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume • Cara Mohon Salinan Sijil SPM, PMR, STPM & MUET Melalui e-Lembaga Peperiksaan (eLP) •Bantuan Yuran Tadika Selangor RM50 Sebulan, Ini Syarat Dan Cara Mohon TUNAS YAWAS •Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume •

Cara Semak Program Pengajian Yang Diiktiraf Oleh MQA

Oleh Cikgu Shaari • June 23, 2022 • 2 min baca

Cara Semak Program Pengajian Yang Diiktiraf Oleh MQA
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kenapa pengiktirafan MQA penting? Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan.

Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pendidikan Tinggi dalam dan luar negara adalah melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat semakan status pengiktirafan kelayakan Program Pengajian anda.

PENGIKTIRAFAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

Untuk pengetahuan anda, kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia yang tersenarai dalam eSisraf adalah sehingga Disember 2016 SAHAJA.  Di bawah pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program-program baharu yang mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia tidak lagi dimuat naik dalam sistem ini.

Sebaliknya mulai Januari 2017, semua program baharu boleh dirujuk melalui Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Bagi tujuan pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Maklumat mengenai sesuatu kelayakan boleh diperolehi dengan menyemak dan mencetak dari eSisraf atau MQR.

CARA SEMAK STATUS PENGIKTIRAFAN MQR

Untuk membuat semakan status pengiktirafan Program Pengajian oleh MQR, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web Malaysian Qualifications Register (MQR)
  2. Pilih jenis institusi anda di bahagian ‘Search For Qualification
    Cara Semak Samada Program Pengajian Anda Diiktiraf Oleh MQA Atau Tidak
  3. Nama-nama institusi akan dipaparkan, klik pada institusi pengajian anda
    Cara Semak Samada Program Pengajian Anda Diiktiraf Oleh MQA Atau Tidak
  4. Klik Reference Number (nombor berwarna biru) di Program Pengajian anda
    Cara Semak Samada Program Pengajian Anda Diiktiraf Oleh MQA Atau Tidak
  5. Maklumat Program Pengajian akan dipaparkan
    Cara Semak Samada Program Pengajian Anda Diiktiraf Oleh MQA Atau Tidak
  6. Klik ‘Printer friendly version‘ untuk cetak Sijil Pengiktirafan Kelayakan MQR
    Cara Semak Samada Program Pengajian Anda Diiktiraf Oleh MQA Atau Tidak

Siap! Cetakan Pengiktirafan Kelayakan yang dicetak tersebut sangat penting untuk diberikan kepada pihak penemuduga semasa sesi temuduga anda nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan pengiktirafan MQA, anda boleh hubungi talian 03 86881900 atau ajukan pertanyaan ke saluran Sistem Pengurusan Pertanyaan & Aduan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.