Senarai Penuh Pembiayaan Pendidikan Yayasan Peneraju Yang Sedang Dibuka Untuk Permohonan

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Setakat ini lebih 260 program pembiayaan ditawarkan kepada lebih 30,000 penerima faedah.

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan daripada Yayasan Peneraju, anda boleh mohon mana-mana program pembiayaan yang bersesuaian dan sedang dibuka sekarang.

SYARAT KELAYAKAN UMUM

Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk permohonan pembiayaan Yayasan Peneraju:

  • Warganegara Malaysia & Bumiputera
  • Menepati umur mengikut kelayakan program pembiayaan
  • Boleh membaca, menulis, mengira dan mempunyai minat
  • Memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan
  • Sihat tubuh badan dan bebas daripada pengaruh dadah & alkohol

*Anda boleh semak syarat kelayakan khusus setiap program pembiayaan di laman permohonan.

SENARAI PENUH PEMBIAYAAN YAYASAN PENERAJU

Belia 18 – 23 tahun (TVET)

Untuk belia berumur 18 hingga 23 tahun yang cenderung ke bidang TVET boleh mohon:

  •  Peneraju Skil Iltizam AAT Advanced Diploma In Accounting With Cloud Accounting Certification – MOHON DI SINI
  •  Peneraju Skil Iltizam Fabrikasi Logam – MOHON DI SINI
  • Peneraju Skil Iltizam Jaminan Kualiti – MOHON DI SINI

Lepasan CAT & Diploma 22 tahun ke bawah

Untuk lepasan CAT dan Diploma berumur 22 tahun ke bawah:

  • Peneraju Profesional Akauntan Kategori B (ACCA) di UOW Malaysia KDU College & Sentral College Penang – MOHON DI SINI

Lepasan Ijazah Sarjana Muda

Untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda berumur 25 tahun ke bawah:

  • Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA) di UOW Malaysia KDU College – MOHON DI SINI
  • Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (MICPA – CAANZ) di Sunway TES – MOHON DI SINI

Lepasan Ijazah Sarjana Muda (0 – 3 tahun pengalaman kerja)

Untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas berumur 21 – 28 tahun dengan 0 – 3 tahun pengalaman kerja:

  • Peneraju Profesional Data Star (Data Analyst) – MOHON DI SINI
  • Peneraju Profesional Data Star (Data Engineer) – MOHON DI SINI
  • Peneraju Profesional Data Star (Junior Data Scientist) – MOHON DI SINI

Untuk maklumat lanjut & permohonan anda boleh terus ke laman permohonan program pembiayaan yang anda minat atau dapatkan info lanjut di laman rasmi Yayasan Peneraju.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma