Lebih 20,000 Kerja Ditawarkan Di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair Terbuka Buat Belia

Lebih 20,000 tawaran pekerjaan menanti pemohon sempena Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, yang bermula pada 24 hingga 26 Jun 2022. Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata karnival itu bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya, malah banyak lagi aktiviti dan manfaat lain!

Orang ramai terutamanya golongan belia di Malaysia yang berminat untuk dapatkan peluang pekerjaan atau ingin mulakan perniagaan dipelawa untuk hadir ke karnival ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya ditawarkan.

MAKLUMAT KARNIVAL

  • Nama karnival: Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair
  • Tarikh: 24 Jun hingga 26 Jun 2022
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Lokasi: Pusat Dagangan Dunia (WTC)

AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai aktiviti di Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair iaitu:

  • Tawaran 20,000 peluang pekerjaan
  • Permohonan bagi pembiayaan perniagaan kecil-kecilan kepada anak muda yang menceburi bidang keusahawanan
  • Promosi perumahan kos rendah bagi mereka yang pertama kali mahu membeli rumah
  • Siri bengkel dan perkongsian daripada pelbagai kelompok profesional dari aspek kerjaya bagi memahamkan mereka mengenai industri tertentu
  • Bengkel sediakan resume terbaik

SYARIKAT BESAR TERLIBAT

antara syarikat besar yang akan menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung nanti, termasuk:

  • Boustead Holdings Bhd,
  • Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB),
  • OUM dan
  • institusi perbankan seperti Maybank Berhad.

TATACARA HADIR KARNIVAL

Penganjuran kali ini diadakan dengan tujuan memastikan anak muda mendapat peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan, khususnya ketika negara sedang beralih ke fasa endemik dan ekonomi masih dalam fasa pemulihan.

Orang ramai yang mahu hadir ke karnival ini boleh datang dengan:

  • Berpakaian kemas
  • Bawa bersama “resume” masing-masing

Kali ini kita mempunyai objektif yang spesifik. Selepas pasca pandemik, ramai tercari peluang dan peluang pekerjaan. Kerajaan juga umumkan pelbagai inisiatif.

Kali ini kita mempunyai objektif yang spesifik. Selepas pasca pandemik, ramai tercari peluang dan peluang pekerjaan. Kerajaan juga umumkan pelbagai inisiatif.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma