Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Bantuan Kewangan Pelajar IPT Sehingga RM1000 Buat Anak Negeri Sembilan

Oleh Cikgu Shaari • June 24, 2022 • 2 min baca

Bantuan Kewangan Pelajar IPT Sehingga RM1000 Buat Anak Negeri Sembilan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan dana bagi membantu pelajar IPT mendaftar ke tahun pertama di Peringkat Pengajian Tinggi. Bantuan Kewangan Ke IPT merupakan sumbangan one-off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.

Bantuan kewangan ini adalah disediakan buat semua anak Negeri Sembilan yang sedang dalam pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil. Pemohon diminta untuk hantar borang permohonan dan dokumen berkaitan ke alamat yang disediakan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan bantuan kewangan di bawah.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda: RM1000
  • Diploma: RM750
  • Sijil: RM500

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk menerima bantuan:

  •  Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  • Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  • Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  • Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  • Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
    a) YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
    b) Penghulu; atau
    c) Pengerusi MPKK/KRT/Taman

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon mestilah kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:

Permohonan mestilah diisi oleh pelajar sendiri. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian 06 7659936 /31 @ 06 7659784 /85

Klik pautan berikut untuk muat turun borang permohonan berkaitan:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN IPT

BORANG PENGESAHAN KELAYAKAN BANTUAN PENDIDIKAN FELDA

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.