Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 6 Maktab Mahmud Negeri Kedai Sesi 2023/2024
Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akademik dan silibus al-Azhar diajar di sini. Telah terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud seluruh Kedah dengan motonya ‘Al-Ilmu Nur’.
Permohonann adalah dipelawa kepada Pelajar Tingkatan Lima yang berminat memasuki Tingkatan Enam Maktab Mahmud Negeri Kedah pada tahun 2023/2024 untuk membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan melalui Laman Web Rasmi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah bermula 31 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan ke Maktab mahmud Negeri Kedah dan panduan permohonan.
Isi Kandungan
MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH
Objektif penubuhannya adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama Islam dan melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam. Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Agama.
Kemasukan ke Tingkatan Enam Maktab Mahmud Negeri Kedah adalah seperti berikut:
- Maktab Mahmud Alor Setar
- Maktab Mahmud Pokok Sena
- Maktab Mahmud Pendang
KEISTIMEWAAN TINGKATAN 6 DI MAKTAB MAHMUD
Antara keistimewaan mengikuti pengajian tingkatan 6 (STAM) di Maktab Mahmud adalah:
- Silibus STAM dan Al- Azhar
- Silibus Bahasa Arab yang mantap
- Silibus di ambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiah Al Azhar, Republik Arab Mesir
- STAM setaraf dengan STPM
- Sijil STAM boleh digunapakai untuk peluang kerjaya
- Berpeluang memasyki Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti yang setaraf dengannya di Timur Tengah
- Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di univeristi dalam negara
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Telah Menduduki Peperiksaan SPM berumur 18 tahun
- Telah Menduduki Peperiksaan SMA dan sekurang-kurangnya mendapat Pangkat Jayyd
- Lulus bagi semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kepujian bagi mata pelajaran Al-Lughah Al ‘Arabiah Al Muasirah Dalam Peperiksaan Percubaan SPM
- Tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku disiplin
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah
- Bersetuju menerima Maktab Mahmud yang ditawarkan (penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh Pengurusan Lembaga Maktab Mahmud)
CARA MOHON
Permohonan kemasukan pelajar tingkatan 6 Maktab Mahmud Negeri Kedah Sesi Persekolahan tahun 2023/2023 boleh dibuat sehingga 20 Mac 2023 dengan ikut panduan berikut:
- Borang Permohonan Boleh Dimuat Turun melalui Laman Web Rasmi Lembaga Maktab Mahmud (http://www.maktabmahmud.edu.my/) mulai 31 Januari 2023
- Borang permohonan perlu dikembalikan selewat-lewatnya 20 Mac 2023.