Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

CBRM 2.0: Tawaran Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro Sehingga RM20,000 Untuk Usahawan

Oleh Cikgu Shaari • August 16, 2021 • 2 min baca

CBRM 2.0: Tawaran Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro Sehingga RM20,000 Untuk Usahawan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional 2.0 (CBRM 2.0) merupakan skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

Dengan jumlah pembiayaan  sebanyak RM1,000 hingga RM20,000, skim ini adalah sebagai suntikan modal pusingan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada buat peniaga yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19.

Skim ini adalah dibuka kepada semua peniaga warganegara Malaysia dalam sektor perniagaan yang patuh syariah dengan tempoh pembiayaan sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.

NILAI PEMBIAYAAN

Pembiayaan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah seperti berikut:

  • Usahawan baru: RM1,000 hingga RM10,000
  • Usahawan sedia ada: RM1,000 hingga RM20,000

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM CBRM 2.0

Anda perlu penuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut untuk membuat permohonan Skim CBRM 2.0:

  • Bumiputera/ India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  • Mempunyai lesen/ permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Daftar Perniagaan (SSM)
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Bagi membuat permohonan, sertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)

PERMOHONAN SECARA ONLINE

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Sektor Mikro (CBRM 2.0) boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Pemohon diminta untuk daftar akaun untuk memohon skim pembiayaan ini. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan secara online boleh dibuat dengan menghantar emel ke supportcbrm@tekun.gov.my.

Tempoh yang diambil bagi kelulusan permohonan adalah 10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

Anda boleh berurusan dengan pegawai TEKUN yang terdekat dengan anda untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Skim CBRM di talian berikut:

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) Di Buka. Terima Bantuan Sehingga RM10,000

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.