Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

Status Permohonan BSH 2020 ‘Dalam Proses’? Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu

Oleh Cikgu Shaari • July 27, 2020 • 2 min baca

Status Permohonan BSH 2020 ‘Dalam Proses’? Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ramai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH)  2020 yang membuat aduan di laman Facebook bahawa status permohonan BSH mereka masih dalam keadaan ‘Dalam Proses’. Apa maksud status tersebut sebenarnya? Adakah kemungkinan pemohon lulus adalah tinggi atau pemohon akan gagal?

Banyak perkara yang perlu anda tahu mengenai status permohonan ‘Dalam Proses’. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut.

MAKSUD STATUS ‘DALAM PROSES’ BSH

Status permohonan ‘Dalam Proses’ membawa maksud permohonan anda masih sedang diproses oleh pihak LHDN. Permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan sama ada LULUS atau GAGAL.

Status Permohonan BSH 2020 Dalam Proses Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu

Namun apa yang menjadi kebimbangan ramai pemohon adalah pembayaran BSH Fasa 3 kini sudah mula dibuat mulai 24 Julai 2020 dan permohonan masih belum diluluskan. Apa yang perlu anda lakukan dalam situasi sebegini?

TINDAKAN SEKIRANYA STATUS MASIH ‘DALAM PROSES’

Menurut laman Facebook LHDN, mereka telah memaklumkan bahawa kelulusan BSH 2020 adalah secara berperingkat dan ia melibatkan ramai pemohon yang masih dalam status permohonan ‘Dalam Proses’

Tindakan yang perlu pemohon lakukan adalah dinasihatkan membuat semakan status dari semasa ke semasa. Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi BSH.

Status Permohonan BSH 2020 'Dalam Proses'? Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu

STATUS ‘DALAM PROSES’ TETAPI DUIT DAH MASUK?

Rata-rata di laman Facebook juga ada pemohon yang menyatakan status permohonan mereka masih ‘Dalam Proses’ tetapi wang bantuan mereka sudah dimasukkan ke dalam akaun bank.

Perkara ini mungkin juga akan berlaku akibat daripada pihak LHDN tidak sempat kemaskini status permohonan pemohon. Jadi anda juga dinasihatkan untuk membuat semakan baki akaun bank anda.

Status Permohonan BSH 2020 Dalam Proses Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu Status Permohonan BSH 2020 Dalam Proses Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu Status Permohonan BSH 2020 Dalam Proses Ini Maksud Yang Perlu Anda Tahu

Untuk lebih memudahkan urusan tanpa perlu ke bank untuk buat semakan baki akaun, anda boleh guna perbankan online Maybank2u, CIMB Clicks, MyBSN, Public Bank dan lain-lain

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BSH 2020

Semakan status permohonan BSH 2020 dari masa ke semasa boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Layari laman web Semakan Status Permohonan BSH 2020
  2. Masukkan No. Mykad anda
  3. Klik Carian
  4. Status permohonan akan dipaparkan

Kesimpulannya di sini adalah permohonan anda ada dua kemungkinan yang akan berlaku iaitu sama ada LULUS ataupun GAGAL. Jika lulus, pembayaran akan dilakukan ke akaun anda yang didaftarkan.

PERMOHONAN RAYUAN JIKA GAGAL

Sekiranya permohonan anda GAGAL, anda boleh buat Permohonan Rayuan BSH 2020 mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020. Anda boleh semak cara membuat Permohonan Rayuan BSH 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi LHDNM di talian 1-800 882 747 atau terus ke cawangan LHDN berdekatan anda.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.