Calon Wajib Tahu 6 Perkara Yang Paling Tidak Disukai Penemuduga Ini

Sebagai calon yang bakal ditemuduga, anda WAJIB tahu apa perkara yang bakal menyenangkan hati penemuduga dan perkara yang tidak disukai oleh mereka. Ingat, keputusan anda mendapat tawaran kerja ada di tangan mereka, jadi anda perlulah lakukan yang terbaik semasa temuduga agar penemuduga tidak teragak-agak untuk mengambil anda bekerja.

Kunci utama untuk ambil perhatian penemuduga adalah jangan lakukan perkara yang tidak disukai penemuduga.

Tahu tak ada beberapa perkara yang penemuduga tidak suka calon lakukan? Jika nak tahu apa yang tidak disukai penemuduga, ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Bila Dah Terima Panggilan Temuduga Kerja, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan

6 PERKARA TIDAK DISUKAI PENEMUDUGA

Calon Wajib Tahu 6 Perkara Yang Paling Tidak Disukai Penemuduga Ini

Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

Antara contoh perkara-perkara yang tidak berkaitan adalah seperti memulakan perbualan mengenai aktiviti anda di universiti, mengenai ahli keluarga anda dan lain-lain yang tidak berkaitan. Anda tidak perlu memanjangkan temubual dengan perkara yang akan membosankan penemuduga kerana mereka tidak berminat untuk mendengar cerita hidup anda. Hanya jawab soalan yang diberi sahaja.

Baca sini: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”

Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga

Pastikan anda beri tumpuan sepenuhnya kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga. Dengar betul-betul soalan yang diberikan. Jangan biarkan penemuduga terpaksa ulang soalan yang diberi hanya kerana anda tidak memberi tumpuan.

Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

Jika anda tidak tahu menjawab soalan yang diberi oleh penemuduga, jangan sesekali mengelak dari menjawab atau memberi jawapan yang salah. Dalam kes ini, anda boleh cuba cakap perkara lain yang berkaitan dan berkaitan dengan soalan yang diberi. Nyatakan kepada penemuduga bahawa anda tidak pasti dengan soalan yang ditanya.

Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga

Apabila penemuduga sedang bercakap tentang sesuatu perkara, pastikan anda SETUJU dengan setiap hujahan yang diberi. Jangan sesekali melebih dalam memberi pandangan sehingga mengatasi pandangan penemuduga. Penemuduga dapat lihat calon memandang rendah tentang pengetahuan mereka melalui jawapan yang diberi. Calon kena ingat, keputusan kelulusan temuduga adalah di tangan mereka.

Mencabar penemuduga

Jangan hanya kerana anda fikir anda terlalu hebat sehinggakan anda mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal. Kononnya untuk menunjukkan diri anda hebat dan berpengetahuan luas, tetapi sebenarnya penemuduga akan mengganggap anda menanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan kerja. Berpada-pada ketika memberi soalan!

Baca juga: Guna 32 Soalan Bernas Ini Di Akhir Sesi Temuduga. Pasti Dapat Kerja!

Jangan terlalu ‘mengangkat diri’

Penemuduga memang suka dengan calon yang yakin dengan diri. Tetapi mereka tidak suka dengan calon yang terlalu memuji diri tambahan pada soalan mengapa mereka layak mendapat jawatan. Ada calon yang terlalu yakin terhadap jawapan yang diberi sehingga memakan diri. Hati-hati ketika menjawab setiap soalan!

Baca sini: “Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?” Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Jadi elakkan 6 perkara ini.

Selamat maju jaya!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma