BPR: Perlu Ke Kemaskini Permohonan Jika Tiada Perubahan? Ini Jawapan LHDN
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dibuka sejak 15 Januari lalu . Namun sehingga kini, masih ada pemohon yang mengalami masalah dalam membuat permohonan baharu dan kemaskini permohonan. Siapa yang perlu buat permohonan baharu dan siapa yang perlu kemaskini permohonan? Baca DI SINI.
Bagi pemohon yang hanya perlu kemaskini permohonan, ternyata ramai juga yang tidak dapat log masuk ke akaun MyBPR kerana lupa kata laluan. Anda sebenarnya boleh reset atau tetapkan semula kata laluan dengan CARA RESET KATA LALUAN BPR.
Ramai yang tertanya-tanya, perlu ke kemaskini permohonan BPR jika tiada sebarang perubahan maklumat? Ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan jawapan pihak LHDN berkaitan persoalan ini.
Isi Kandungan
SIAPA YANG PERLU KEMASKINI PERMOHONAN BPR?
Seperti yang kita sudah sedia maklum, individu yang perlu kemaskini permohonan BPR anda terdiri daripada:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020; dan
- Penerima Bantuan Prihatin National (BPN ) 2.0
MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI
Untuk makluman anda, maklumat pemohon yang pernah menerima BSH dan BPN 2.0 telah pun didaftarkan. Namun sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat berikut, anda perlu kemaskini permohonan BPR untuk daftar maklumat terkini:
- Nombor akaun bank terkini
- Status perkahwinan terkini
- Nombor telefon terkini
- Maklumat anak terkini
Rujuk: Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021
PERLU KE KEMASKINI BPR JIKA TIADA PERUBAHAN?
Anda ingin gunakan data lama seperti bantuan BSH/ BPN 2.0 kerana tiada sebarang perubahan, perlu ke kemaskini permohonan BPR? Ini penjelasan pihak LHDN melalui email:
TIDAK PERLU KEMASKINI JIKA TIADA PERUBAHAN
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak LHDN, sekiranya anda adalah pemohon BSH dan BPN yang lulus atau semakan permohonan di portal BPR anda telah wujud serta TIADA SEBARANG PERUBAHAN MAKLUMAT, anda:
- Tidak perlu kemaskini permohonan
Permohonan yang tidak dikemaskini di portal BPR 2021 akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BSH atau BPN dan kelayakan BPR 2021 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan. Namun jika anda tiada sebarang masalah untuk log masuk, anda digalakkan untuk buat pengesahan semula maklumat.
Sudah jelas? Semoga membantu!
Rujuk: [Rasmi] Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Semua Kategori