Mohon BPR 2021: Kategori Pemohon Yang Perlu Kemaskini & Buat Permohonan Baru

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu bantuan baharu yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka tidak lama lagi. BPR 2021 adalah antara bantuan yang dinantikan-nantikan oleh rakyat Malaysia memandangkan pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang hebat kepada pendapatan orang ramai.

Untuk makluman anda, tidak semua pemohon BPR 2021 perlu membuat permohonan baharu. Ada kategori pemohon yang hanya perlu kemaskini permohonan dan ada pemohon yang perlu membuat permohonan baharu.

Ketahui sama ada anda dalam kategori pemohon yang perlu kemaskini permohonan atau kategori pemohon yang perlu buat permohonan baharu BPR 2021.

PEMOHON YANG PERLU KEMASKINI

Pemohon yang perlu membuat kemaskini permohonan untuk penerimaan BPR 2021 adalah terdiri daripada:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup 2020; dan
  • Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Seperti yang dimaklumkan, BPR 2021 merupakan bantuan yang menggantikan BSH 2020. Jadi, data pemohon yang digunakan adalah diambil daripada data penerima BSH 2020 terdahulu. Penerima BSH dan BPN 2.0 automatik lulus bantuan BPR 2021.

Sekiranya anda dalam kategori ini, anda tidak perlu buat permohonan baharu, sebaliknya hanya kemaskini permohonan apabila dimaklumkan nanti.

Jika anda terlupa anda pernah menerima BSH 2020 / BPN 2.0 atau tidak, anda boleh buat semakan semula melalui laman berikut:

PEMOHON YANG PERLU BUAT PERMOHONAN BAHARU

Hanya kategori pemohon berikut sahaja perlu membuat permohonan baharu BPR 2021 apabila permohonan dibuka:

  • Bukan penerima Bantuan BSH 2020
  • Bukan penerima Bantuan BPN 2.0
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Pemohon dalam kategori di atas yang perlu membuat permohonan baharu mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

PERMOHONAN BPR 2021

Permohonan BPR 2021 dikhabarkan akan dibuka tidak lama lagi. Permohonan boleh dibuat melalui laman permohonan berikut:

Untuk melengkapkan permohonan, setiap pemohon mestilah sertakan bersama dokumen sokongan permohonan BPR yang telah dinyatakan. Permohonan tanpa dokumen yang diminta akan ditolak.

Pembayaran BPR 2021 kepada pemohon yang layak akan dilakukan dalam 2 fasa iaitu:

Rujuk: Jadual Pembayaran BPR 2021 Yang Terkini

Mohon BPR 2021: Kategori Pemohon Yang Perlu Kemaskini & Buat Permohonan Baru

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma