Semakan & Permohonan

Semak Status Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November Secara Online

October 27, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Semak Status Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November Secara Online

Makluman penting buat individu yang telah membuat rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang lepas. LHDN telah mengumumkan semakan status rayuan BSH 2020 boleh mula dibuat bermula 16 November 2020 berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan dari media sosial.

Semakan status rayuan boleh dibuat secara online melalui laman BSH Hasil dengan mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat semakan keputusan rayuan BSH 2020 mulai 16 November 2020.

Semak Status Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November Secara Online

SEMAKAN STATUS RAYUAN BSH 2020

Pemohon boleh membuat semakan status rayuan BSH mulai tarikh yang ditetapkan dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman bsh.hasil.gov.my
  2. Klik Semakan Status Rayuan (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Isikan kod captcha dan tekan butang Semak

Semak Status Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November Secara Online

Maklumat berikut akan dipaparkan:

  • Status rayuan
  • Maklumat Pembayaran

Permohonan rayuan ini dapat memberi peluang kepada individu yang tidak berjaya dalam permohonan BSH yang lalu dan memberi harapan untuk menerima BSH 2020. Permohonan rayuan BSH telah dibuka buat individu yang tidak lulus sahaja.

Peniaga mikro diingatkan untuk mohon Geran Khas Prihatin berjumlah RM3,000 sebelum 31 Oktober 2020.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda