Panduan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Langkah Demi Langkah
Terkini! Hasrat rakyat Malaysia akhir bakal tercapai juga. Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, hari kini 16 Mac 2022 kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP itu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengeluaran khas KWSP seperti diumumkan oleh kerajaan.
Isi Kandungan
PENGELUARAN KHAS KWSP SEHINGGA RM10,000
Pada 16 Mac 2022, kerajaan telah umumkan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak:
- Minimum RM50 sehingga RM10,000
Walaubagaimanapun pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Tidak tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Untuk makluman anda, KWSP telah memaklumkan tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 1 April sehingga 30 April 2022
Permohonan adalah terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun sahaja.
PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP
Portal Pengeluaran Khas kini dibuka! Permohonan boleh mula dilakukan dengan ikut panduan berikut:
- Layari portal Pengeluaran Khas di laman https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik Mohon Sekarang
- Isikan Nombor MyKad/ MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- TERUSKAN dan sahkah identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau Soalan Keselamatan
- Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B sebelah kanan. Tekan TERUSKAN
A- Skrin akan memaparkan jumlah maksimum amaun pilihan pengeluaran
B- Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran Anda dengan menaip amaun pilihan - Tekan TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kali Selidik. Tekan TERUSKAN
- Semak semula maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan Tandakan tick sebelum tekan HANTAR. Selesai.
Rujuk: Amaun Pengeluaran Khas KWSP Perlu Diganti Semula Dengan Tambahan 20%, Ini Cara Pengiraan
TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 adalah bermula pada:
- Mulai 20 April 2022
PENCARUM DINASIHATKAN UNTUK BUAT PENGELUARAN JIKA TERDESAK SAHAJA
Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.