Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Penerima GKP Layak Terima BKM Atau Tidak? Ini Senario Permohonan BKM Bagi Penerima GKP

Oleh Cikgu Shaari • April 1, 2022 • 2 min baca

Penerima GKP Layak Terima BKM Atau Tidak? Ini Senario Permohonan BKM Bagi Penerima GKP
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM untuk  diverifikasi kelayakan. Macam mana pula dengan penerima Geran Khas Peniaga (GKP)? Adakah mereka juga akan terima BKM?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kelayakan penerima GKP yang layak menerima BKM.

SENARIO PERMOHONAN BKM BAGI PENERIMA GKP

Untuk makluman anda, penerima Geran Khas Peniaga (GKP) yang sebelum ini tidak terima bantuan rakyat akan daftar secara automatik permohonan BKM 2022. Setelah pendaftaran automatik selesai, penerima GKP akan menjalani proses verifikasi.

Hanya Penerima GKP yang memenuhi syarat-syarat kriteria BKM sahaja akan LULUS BKM manakala bagi penerima GKP yang tidak memenuhi syarat kriteria BKM akan GAGAL permohonan. Walaubagaimanapun, penerima GKP yang tidak lulus masih boleh buat permohonan rayuan secara online.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Penerima GKP yang nak tahu status kelulusan permohonan BKM boleh buat semakan status secara online dengan ikut panduan berikut:

SEMAKAN STATUS BKM 2022

ALIRAN TIDAK LULUS PERMOHONAN BKM BAGI PENERIMA BKM

Penerima yang TIDAK LULUS permohonan BKM atas sebab-sebab berikut boleh membuat permohonan rayuan mulai 2 Mei 2022:

  • Pendapatan melebihi RM5,000
  • Memiliki kenderaan mewah
  • Memiliki perniagaan Sdn. Bhd

SYARAT KELAYAKAN BKM 2022

Hanya penerima GKP yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak menerima BKM 2022:

  • Isi Rumah
    – Berkahwin; atau
    – Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  • Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
    – Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    – Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang
    – Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Bali/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – Had umur adalah 21 – 59 tahun; dan
    – Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Penerima GKP yang memenuhi syarat kelayakan di atas tetapi TIDAK LULUS BKM 2022 boleh buat permohonan rayuan mulai 2 Mei 2022. Permohonan rayuan boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BKM 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.