Info

Senarai Lengkap Barang Keperluan Sekolah Anak-Anak. Download & Print “Checklist” Ini

December 24, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Senarai Lengkap Barang Keperluan Sekolah Anak-Anak. Download & Print "Checklist" Ini

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, mungkin sudah ramai lupa bagaimana situasi pembelajaran di sekolah. Murid-murid pasti tidak sabar kan untuk masuk ke sekolah semula?

Selain anak-anak, ibu bapa pun dah boleh mula buat persiapan untuk beli barangan keperluan persekolahan anak-anak bagi kemasukan 2021 tidak lama lagi.

Untuk lebih mudah urusan membeli nanti ibu bapa boleh dapatkan checklist yang disediakan khas ini.

Baca juga:Tarikh Penting Persekolahan & Peperiksaan Tahun 2020 & 2021

KENAPA PERLUNYA CHECKLIST INI?

Checklist barang keperluan persekolahan ini adalah penting bagi:

  • Memudahkan urusan membeli nanti
  • Supaya tiada barang penting ketinggalan
  • Ibu bapa boleh terus tick pada barangan yang telah dibeli
  • Lebih jimat masa, tanpa perlu fikir apa lagi belum cukup
  • Boleh membuat perancangan kewangan yang baik

SENARAI BARANG KEPERLUAN SEKOLAH VERSI 2021

Persekolahan tahun 2021 pastinya akan berbeza dengan sebelum ini. Murid-murid akan memulakan persekolahan dengan norma baharu memandangkan pandemik ini masih berleluasa.

Ini senarai barangan keperluan sekolah untuk panduan ibu bapa:

Pakaian

  • Baju uniform putih
  • Kain / Seluar sekolah (biru gelap/ hijau gelap) * Ikut kesesuaian sekolah
  • Stokin
  • Kasut sekolah *KPM telah menetapkan warna kasut sekolah tahun 2021 adalah BEBAS hitam atau putih. Baca selanjutnya DI SINI.
  • Tudung/ songkok
  • Anak tudung putih
  • Baju sukan / Tshirt putih (PJK)
  • Seluar sukan
  • Sapu tangan
  • Lencana sekolah
  • Name tag
  • Tali leher
  • Singlet/ baju dalam
  • Baju sekolah agama
  • Kapur kasut / kiwi kasut

Alat Tulis/ Kelengkapan Belajar

  • Beg sekolah
  • Pensel 2B
  • Pemadam
  • Pembaris
  • Pengasah pensel
  • Gam
  • Gunting
  • Pensel warna
  • Bekas pensel
  • Pembalut buku teks
  • Pembalut buku latihan
  • Krayon
  • Warna air
  • Kertas lukisan
  • Fail
  • Botol air
  • Bekas makanan
  • Hand sanitizer
  • Face mask
  • Face mask extender
  • Tisu

Lain-lain

  • Buku nota
  • Pensel mekanikal/ ubat pensel
  • Pen
  • Set geometri
  • Kalkulator
  • Stapler
  • Puncher
  • Baju hujan
  • Topi keledar
  • Jam tangan

DOWNLOAD CHECKLIST BARANG KEPERLUAN SEKOLAH

Bagi memudahkan ibu bapa membuat pembelian nanti, anda boleh download, edit mengikut keperluan dan cetak checklist yang disediakan ini:

DOWNLOAD CHECKLIST BARANG KEPERLUAN SEKOLAH

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda