Berapa Gaji Yang Layak Kena Potongan Cukai Bulanan (PCB)? Ini Cara Pengiraan Gaji Yang Layak

Telah menjadi kebiasaan untuk kita semua membuat perancangan awal menjelang tahun baharu bagi memastikan kita berada di landasan yang betul. Masih belum terlambat untuk anda mula merancang sekarang untuk pastikan tahun 2022 lebih baik daripada tahun ini. Dah masuk tahun baru ni para pembayar cukai pasti dah bersedia nak bayar cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2021 kan?

Namun, berapa jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai bagi tahun taksiran 2022? Berapa pula jumlah pendapatan yang mula dikenakan potongan cukai bulanan (PCB)?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa jumlah gaji yang dikenakan potongan cukai bulanan dan panduan buat pengiraan gaji yang layak.

BERAPA GAJI YANG MULA KENA POTONG CUKAI BULANAN?

Seorang pengguna Facebook telah kongsikan pengetahuan beliau berkenan jumlah pendapatan yang mula dikenakan potongan cukai bulanan (PCB) dan panduan buat pengiraan gaji yang layak.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa sebenarnya gaji yang mula kena potong PCB? Adalah fresh graduate yang dapat gaji RM2,000 akan dikenakan potongan PCB?

Pendapatan Penggajian Tahunan Melebihi RM34,000

Hasil daripada rujukan di laman web LHDN: Mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Jadi, bila anda ada fail cukai, maka PCB bulanan akan di potong dari gaji anda.

Ini bermakna, penggajian RM34,000 setahun bersamaan dengan:

  • RM2,833.34 x 12 bulan: RM34,000

Jadi, adakah individu yang bergaji bulanan RM2,833.34 akan dikenakan cukai? Jawapannya adalah TIDAK. Kerana gaji bulanan individu ini masih tidak tolak EPF.

Gaji Basic Yang Dikenakan Potongan PCB

Sepatutnya gaji yang layak dikenakan potongan ialah apabila RM 2,833.34 adalah gaji bersih setelah ditolak EPF. Jadi, berapa gaji basic yang diperlukan untuk dapat gaji bersih RM2,833.34 ni?

Basically, Gaji basic RM 3,184 adalah gaji basic minimum yang akan dikenakan potongan PCB. Tak percaya? Jom kita kira:

  • Gaji pokok: RM3,184.00
  • Tolakan EPF (11%): (RM350.19)
  • Gaji Bersih: RM2,833.81

RM2,833.81 x 12 bulan: RM34,005.72

Jadi, kalau gaji basic anda RM3,184 sebulan, BUJANG and TAK KAHWIN lagi. Maka anda akan dikenakan potongan PCB. Berapa banyak kena potong? RM 1.00 je sebulan

Sekiranya gaji kurang daripada RM3,184 , anda tidak akan dikenakan potongan PCB.

Individu Berkahwin

Bagaimanan pula dengan:

  • Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja?
  • Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja dan ada anak sorang?
  • Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja?
  • Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja dan ada anak sorang?

Gaji minimum yang akan mula potong PCB adalah:

  • Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja: RM 4,001 (Potongan PCB bulanan: RM 50.40)
  • Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja dan ada anak sorang: RM4,166 (Potongan PCB bulanan: RM 50.25)
  • Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja: RM3,141 (Potongan PCB bulanan: RM1.00)
  • Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja dan ada anak sorang: RM3,311 (Potongan PCB bulanan: RM1.10)

Walaubagaimanapun, anda ada rebat cukai seperti berikut:

  • Sambung belajar: max. RM 7,000 setahun
  • Buat Medical Checkup: max. RM 500 setahun
  • Perlaburan dalam SSPN: max. RM 8,000 setahun
  • Life Insurance: max. RM 7,000 setahun (kalau keja gomen dan berpencen)
  • Life Insurance: max. RM 3,000 setahun (kalau yg keja private)
  • Medical or Education Insurance: max. RM 3,000 setahun
  • Beli Handphone Samsung / beli computer Huawei, beli bola sepak Adidas, even korang bayar unifi tiap2 bulan tu pun boleh ada tax rebate. Tapi max. RM 2,500 je lah setahun untuk semua tu.

Contohnya jika anda beli:

  • Handphone: RM 1,000
  • Laptop: RM 1,600
  • Unifi: RM89 x 12 bulan = RM 1,068
  • Total: RM 3,668

Anda boleh claim maksimum RM2,500, bukan total RM3,668 ya!

Rujuk: e-Filing LHDN: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Tahun 2021 Yang Boleh Dituntut

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembayar cukai baharu atau individu yang merasakan pendapatan anda layak untuk buat bayaran cukai.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma