Simpanan KWSP Melebihi 1 Juta? Ini Cara Buat Pengeluaran Simpanan
Sudah lama bekerja, dalam tidak sedar simpanan KWSP anda sudah melebihi 1 juta? Macam mana nak tahu simpanan sudah melebihi 1 juta? Tak perlu pergi ke kaunter KWSP pun, anda boleh semak penyata KWSP secara online.
Jika dapati simpanan anda sudah lebih 1 juta, anda boleh buat pengeluaran simpanan anda sekarang! Jumlah pengeluaran yang anda ingin keluarkan adalah terpulang kepada kehendak anda.
Berikut adalah panduan membuat pengeluaran simpanan KWSP melebihi 1 juta.
Isi Kandungan
SEMAK PENYATA KWSP
Macam mana nak tahu simpanan KWSP sudah sudah melebihi 1 juta? Anda boleh buat semakan penyata secara online melalui pautan berikut:
SYARAT KELAYAKAN
Hanya ahli yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak membuat pengeluaran:
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Umur bawah 55 tahun
- Mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk membuat pengeluaran:
Dengan Mykad:
- MyKad
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Sijil kelahiran/surat pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di kad pengenalan tidak sama dengan tarikh sebenar
- Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
Tanpa MyKad:
- Borang KWSP 9B (AHL) dan Senarai Semak Dokumen Borang
- Sijil kelahiran/Surat Pengesahan identiti dari Jabatan Pendaftaran Negara – jika tarikh lahir di dalam kad pengenalan tidak sama dengan tarikh lahir sebenar
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
- Nombor akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Pasport, Sijil Kewarganegaraan dan lain-lain dokumen pengenalan – untuk bekas warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos, 1995 dan tidak dapat menunjukkan kad pengenalan
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
CARA MOHON PENGELUARAN
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat pengeluaran simpanan, anda boleh buat pengeluaran KWSP melalui 2 kaedah iaitu manual dan online.
Secara Manual
- Bawa dokumen-dokumen yang lengkap ke kaunter KWSP untuk pengeluaran.
Secara Online
- Buat permohonan pengeluaran secara online melalui e-Pengeluaran
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan secara online melalui PERTANYAAN KWSP atau terus ke kaunter KWSP cawangan berdekatan anda untuk dapatkan keterangan lanjut. Dapatkan info lanjut pengeluaran KWSP melebihi 1 juta DI SINI.