Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 Langkah Demi Langkah
Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19. Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini.
Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Permohonan i-Citra KWSP dibuka mulai 12 Julai 2021. Rujuk cara mohon i-Citra KWSP langkah demi langkah di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PENGELUARAN SIMPANAN KWSP I-CITRA
Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP seperti berikut:
- Pengeluaran i-Citra RM5,000
- Kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan (tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli)
- Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021
Baca juga: Senarai Bantuan Baru Kerajaan PKP 3.0 PEMULIH. Bantuan Sehingga RM1,300 Untuk Isi Rumah.
TARIKH PERMOHONAN I-CITRA KWSP
Permohonan i-Citra KWSP akan dibuka pada:
- Tarikh permohonan: 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021
Semak: Syarat Kelayakan Mohon i-Citra KWSP & Amaun Pengeluaran Dibenarkan
PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP
Tak tahu cara mohon i-Citra KWSP?
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP melalui program i-Citra di portal dalam talian i-Citra di pautan berikut:
Berikut adalah panduan langkah demi langkah cara mohon i-Citra KWSP:
Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Citra KWSP, anda boleh hubungi talian Hotline i-Citra di 03-8922 4848.
Baca juga: Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH, RM500 Bermula Oktober 2021