Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave • Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •

Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera

Oleh Cikgu Shaari • March 19, 2021 • 2 min baca

Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan telah menambah baik aplikasi MySejahtera dengan memperkenal Pendaftaran Tanggungan mulai 19 Mac 2021 bagi memudahkan proses pendaftaran vaksin bagi warga emas yang tiada kemudahan untuk pendaftaran vaksin Covid-19.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan, pendaftaran vaksinasi fasa dua yang melibatkan warga emas masih rendah. Jadi kemudahan pendaftaran melalui MySejahtera oleh anak-anak buat keluarga di kampung diharap dapat membantu orang tua mereka mendaftar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap membuat pendaftaran tanggungan untuk vaksin Covid-19 melalui MySejahtera.

PENDAFTARAN TANGGUNGAN

Pendaftaran tanggungan melalui aplikasi MySejahtera boleh dibuat untuk:

  • Pasangan (Suami/Isteri)
  • Anak berumur 18 tahun dan ke atas
  • Adik beradik berumur 18 tahun dan ke atas
  • Ibu bapa/ ibu bapa mertua
  • Datuk dan Nenek
  • Penjaga
  • Lain-lain

Baca: Golongan Yang Layak & Tidak Layak Menerima Vaksin Covid-19

CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK TANGGUNGAN

Ikut panduan berikut untuk mendaftar vaksinasi Covid-19 untuk tanggungan:

  1. Kemaskini/ Update aplikasi MySejahtera anda di Appstore/ Google Play
    Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera
  2. Buka aplikasi MySejahtera dan klik COVID-19 Vaccination
    Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera
  3. Klik Add Vaccine Dependent
    Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera
  4. Masukkan maklumat yang diminta
    Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera
  5. Pilih jenis hubungan di bahagian Relation
    Panduan Mudah Daftar Vaksin Covid-19 Untuk Ahli Keluarga Melalui MySejahtera
  6. Akhir sekali klik Save
  7. Maklumat pendaftaran akan dipaparkan

Mudah kan? Sudahkah anda mendaftar vaksinasi untuk diri sendiri? Jika belum, daftar sekarang melalui aplikasi MySejahtera. Selain melalui MySejahtera, anda boleh juga daftarkan untuk ibu bapa di kampung melalui laman web yang disediakan.

Semoga kemudahan pendaftaran tanggungan ini dapat menggalakkan dan memudahkan golongan warga emas untuk buat pendaftaran vaksinasi Covid-19.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.