Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Golongan Yang Layak & Tidak Layak Menerima Vaksin Covid-19. Kenalpasti Anda Golongan Mana

Oleh Cikgu Shaari • February 24, 2021 • 2 min baca

Golongan Yang Layak & Tidak Layak Menerima Vaksin Covid-19. Kenalpasti Anda Golongan Mana
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin ini pada kira-kira 3 petang.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Februari (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan. Kini anda dah boleh daftar vaksinasi Covid-19 melalui MySejahtera.

Namun, pastikan anda kenalpasti ciri-ciri individu yang layak dan tidak layak menerima suntikan vaksin Covid-19 yang akan digunakan di Malaysia.

GOLONGAN YANG LAYAK TERIMA VAKSIN COVID-19

SEMUA penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin Covid-19 Pfizer BioNTech. Keutamaan akan diberikan kepada petugas-petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing masis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya.

Buat masa ini, kebanyakan percubaan klinikal yang dijalankan adalah kepada sukarelawan berumur 18 tahun ke atas. Beberapa syarikat vaksin akan melaksanakan percubaan klinikal terhadap kanak-kanak.

Justeru, kerajaan akan mempertimbang penggunaan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak apabila terdapat data saintifik yang membuktikan keberkesanan dan keselamatannnya kepada golongan ini.

GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK TERIMA VAKSIN COVID-19

Anda TIDAK LAYAK menerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sekiranya anda:

  • Mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan teruk
  • Mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin jenama ini
  • Mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
  • Sedang hasil
  • Sedang menyusukan bayi
  • Individu yang mempunyai masalah sistem imun
  • Pernah menjalani penindahan organ dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi
  • Sedang menjalani rawatan kanser
  • Sedang menerima rawatan antibodi monoklonal
  • Menghidap penyakit HIV
  • Mempunyai sel darah platelet yang rendah (,50,000uL)

Maklumkan kepada doktor atau jururawat sebelum anda diberi vaksin sekiranya anda mempunyai masalah yang disenaraikan.

Golongan Yang Layak & Tidak Layak Menerima Vaksin Covid-19. Kenalpasti Anda Golongan Mana

Penggunaan vaksin COVID-19 adalah antara langkah-langkah yang diambil untuk menghentikan pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, pematuhan SOP dan amalan norma baharu seperti penjagaan kebersihan, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal masih perlu diamalkan sehingga seramai mungkin penduduk menerima vaksin.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, anda boleh terus ke laman www.vaksincovid.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.