Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Semula Mulai 1 Julai 2021

Oleh Cikgu Shaari • June 30, 2021 • 2 min baca

Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Semula Mulai 1 Julai 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada ketika ini, pengoperasian perkhidmatan kaunter Kerajaan tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin sejak 1 Jun 2021.

Setelah meneliti keperluan pembukaan kaunter perkhidmatan Kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam, maka Kerajaan memutuskan pembukaan kaunter perkhidmatan Kerajaan di seluruh Negara akan beroperasi semula secara fizikal mulai Julai 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembukaan semula kaunter perkhidmatan kerajaan.

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER KERAJAAN

Kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara dibenarkan beroperasi secara fizikal pada:

  • Mulai 1 Julai 2021

TATACARA PENGOPERASIAN

Pengoperasian kaunter perkhidmatan kerajaan adalah dengan tatacara berikut:

  • Perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian
  • Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%; dan
  • Kehadiran secara fizikal hanya melalui temu janji berjadual

Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat bertugas.

PERKHIDMATAN SECARA ONLINE

Bagi mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter perkhidmatan Kerajaan, orang ramai dinasihatkan untuk buat urusan secara online bagi perkhidmatan yang ada menyediakan kemudahan online seperti berikut:

Orang ramai yang perlu berurusan penting di kaunter perkhidmatan sahaja digalakkan untuk hadir untuk berurusan secara fizikal. Sama-sama kita berusaha memutuskan rangkaian wabak Covid-19 dengan mengikut semua perintah Kerajaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.