Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Hadir ke Bank Negara Malaysia?

Setiap kali nak buat pinjaman perumahan atau kenderaan, satu perkara yang bermain di minda adalah sama ada laporan nama kita bersih atau tidak dalam laporan CCRIS dan CTOS. Maklumlah, jika rekod nama tidak terlalu ‘bersih’, susah sedikit nak buat pinjaman.

Di perkongsian sebelum ini ada dikongsikan cara untuk semak sama ada nama kena blacklist atau tidak dengan CCRIS. Namun, untuk mendapatkan rekod laporan kredit, anda perlu dapatkan menerusi Bank Negara Malaysia BNM.

Pasti anda berasa rumit kan jika perlu ke BNM untuk dapatkan rekod laporan CCRIS anda?

Kini tidak perlu lagi, anda boleh dapatkan laporan CCRIS anda tanpa hadir ke Bank Negara Malaysia dengan cara yang dikongsikan ini.

KENAPA CCRIS PENTING UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN?

Antara dua sebab utama kenapa CCRIS penting untuk anda dan juga dalam dunia kewangan di Malaysia adalah seperti berikut.

1) Analisis Dari Pihak Bank

Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Hadir ke Bank Negara Malaysia?

Sebelum pihak bank membuat keputusan kelulusan permohonan, setiap permohonan kad kredit atau pinjaman rumah akan lalui proses kelulusan kredit dulu. Masa itu lah bank akan gunakan report CCRIS untuk check status kredit pemohon.

Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS itu menunjukkan bahawa dia “seorang pembayar hutang yang tidak bagus” maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu.

2) Sejarah Bayaran Balik Hutang

Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Hadir ke Bank Negara Malaysia?

Semua perkara yang ada dalam maklumat laporan CCRIS itu semua benda yang pernah terlibat dalam kewangan setiap individu. Apa sahaja jenis pinjaman yang anda pernah ambil dan bila bayaran dibuat semuanya akan direkod.

Jadi kalau anda mempunyai sejarah bayaran selalu tertunggak, memang laporan dalam CCRIS  anda tidak bagus. Selalunya bila dah ada laporan tunggakan yang kerap ini agak sukar untuk lulus permohonan pinjaman.

CARA DAPATKAN LAPORAN CCRIS TANPA HADIR KE BNM

Untuk mendapatkan rekod laporan CCRIS anda tanpa hadir ke BNM, anda hanya perlu ikut langkah berikut:

Langkah 1

Muat turun Borang Permohonan Laporan Kredit CCRIS di pautan yang sediakan ATAU imbas kod di bawah.

BORANG PERMOHONAN LAPORAN KREDIT CCRIS

Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Hadir ke Bank Negara Malaysia?

Langkah 2

Lengkapkan borang permohonan dan sediakan semua dokumen berikut:

  • Satu salinan MyKad (depan dan belakang); atau
  • Satu salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
  • Dua dokumen sokongan lain (lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)

Langkah 3

Hantar borang yang telah lengkap beserta semua dokumen melalui pautan berikut:

Isi maklumat yang diminta dan muat naik borang permohonan yang siap diisi dan dokumen yang diperlukan di bahagian Choose File. Klik Submit.

Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Hadir ke Bank Negara Malaysia?

Siap! Laporan kredit CCRIS ada akan terus dihantar kepada anda.

Pastikan anda menggunakan saluran yang betul dalam membuat semakan laporan CCRIS. Jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi seperti kad pengenalan kepada individu yang anda tidak pasti kesahihannya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat semakan laporan CCRIS dengan lebih mudah.

Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Hadir ke Bank Negara Malaysia?

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma