Simpan Resit Pembelian Kit Ujian Kendiri Covid-19, Nanti Boleh “Claim” Sehingga RM1,000

Perhatian pembayar cukai pendapatan! Rupanya ramai lagi yang tak tahu sebenarnya kita boleh “claim” pelepasan cukai sehingga RM1,000 dengan hanya resit pembelian kit ujian kendiri Covid-19.  Rugilah jika dah beli tetapi tak dapatkan pelepasan cukai. Pelepasan cukai bagi pembelian alat pengesanan Covid-19 ini adalah terpakai untuk resit tahun 2021 dan 2022.

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang ada hantar anak ke taman asuhan/ pra-sekolah boleh claim sehingga RM3,000 tau! Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2021 yang boleh dituntut oleh para pembayar cukai pendapatan. Senarai ini telah dikemaskini sehingga 22 Disember 2021.

Rujuk: Simpan Resit Percutian Anda, Boleh Dapat Pelepasan Cukai RM1,000

Buat pembayar cukai pendapatan di luar sana, anda boleh semak senarai pelepasan yang boleh dibuat untuk persediaan bayar cukai nanti!

CLAIM PELEPASAN CUKAI RM1000 UNTUK COVID-19 TEST KIT

Ramai terlepas pandang dan menyesal sebab tak simpan resit pembelian kit ujian kendiri Covid-19! Memandangkan kes Covid-19 di negara kita amat membimbangkan, orang ramai disarankan untuk sediakan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai persediaan sekiranya mengalami sebarang simptom.

Jika anda simpan resit pembelian kit ujian kendiri Covid-19 tahun 2021 dan 2022, anda boleh tuntut pelepasan cukai sehingga RM1,000 di bawah perbelanjaan perubatan.

Perbelanjaan perubatan yang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM8,000 adalah:

  • Penyakit serius untuk diri sendiri, suami/ isteri atau anak
  • Rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau suami/ isteri
  • Pemeriksaan perubatan penuh, ujian pengesanan Covid-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri atau pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak (Terhad RM1,000)
  • Perbelanjaan pemvaksinan ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak (Terhad RM1,000)

Bagi yang buat pembelian kit ujian kendiri Covid-19 sepanjang tahun ini, jangan lupa simpan resit pembelian ya untuk claim pelepasan cukai selepas ini!

Rakyat Malaysia yang belum pernah bayar cukai dan merasakan pendapatan anda layak membayar cukai, anda boleh semak Jumlah Pendapatan Individu Yang Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2021.

Semak senarai penuh pelepasan cukai pendapatan terkini yang boleh dituntut di sini:

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN TERKINI

Baca juga: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai tahun taksiran 2021 e-Filing anda boleh hubungi LHDN di saluran berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma