Panduan Lengkap Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

Permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kini telah dibuka sehingga 4 Disember 2020. MRSM menyediakan sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MARA mempelawa calon yang berminat, memiliki sahsiah terpuji serta jati diri yang tinggi untuk memohon dan seterusnya mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Isi Kandungan

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 tahun 2021:

1. Layari laman permohonan berikut:

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

2. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada Daftar Pengguna

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa simbol (-) dan klik Hantar

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

4. Sila lengkapkan maklumat Nama, Emel dan Sekolah ke dalam ruangan yang disediakan dan klik Hantar

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya. Sila simpan kata laluan yang diberikan untuk tujuan log masuk. Kata laluan ini juga akan diemelkan ke emel yang dimasukkan diatas.

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

6. Klik butang OK untuk teruskan ke laman log masuk

7. Sila masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan kata laluan dan klik butang Log Masuk

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

8. . Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon diruangan yang disediakan.

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

9. Lengkapkan semua Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga di ruangan yang disediakan.

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

10. Lengkapkan Maklumat Pendapatan Keluarga di ruangan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

11. Lengkapkan Maklumat Pilihan Program dan MRSM. Calon boleh memilih sehingga 5 pilihan program dan MRSM

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

12. Lengkapkan Maklumat Pilihan Pusat Ujian dan klik butang SETERUSNYA.

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

13. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik Hantar.

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

14. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar. Klik Ok

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

15. Sila klik Cetak untuk mencetak borang yang telah lengkap diisi

16. Klik Log keluar setelah selesai semua proses

17. Bagi menyemak semula maklumat permohonan, sila masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di laman log masuk.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

Setelah permohonan ditapis, pemohon yang layak akan menduduki Ujian Kecenderungan kemasukan Ke MRSM seperti berikut:

  • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
  • UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem
    permohonan.
  • UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020.
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang
    pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip
    menduduki UKKM.
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk
    menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Semak syarat kelayakan dan program yang ditawarkan DI SINI. Bagi ibu bapa atau penjaga yang bekerja sendiri, anda boleh dapatkan Borang Pengesahan Pendapatan di pautan berikut:

borang pengesahan pendapatan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma