Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Sesi 2021 Kini Dibuka

Permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kini telah dibuka. MRSM menyediakan sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MARA mempelawa calon yang berminat, memiliki sahsiah terpuji serta jati diri yang tinggi untuk memohon dan seterusnya mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kemasukan ke MRSM sesi 2021.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat umum kelayakan masuk ke MRSM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  • Mestilah memohon secara online
  • Sihat tubuh badan
  • Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain

Syarat khusus kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Pencapaian akademik yang cemerlang
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
  • Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit

SENARAI PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan di MRSM:

  • Premier
  • Ulu Albab
  • IGCSE
  • IB MYP
  • Teknikal
  • Program Khas Pendidikan (PKP)

Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan, anda boleh lihat di sini:

RISALAH PROGRAM MRSM

BANTUAN KEWANGAN MARA

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini adalah tertakhluk kepada syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)

Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima Bantuan Kewangan BIDU-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. BUDI diberi kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.

Pemberian Wang Saku (WS)

Wang Saku (WS) adalah sejumlah pemberian bulanan oleh MARA kepada pelajar sebagai wang berbelanja bulanan pelajar sepanjang pelajar berkenaan berada dalam sistem MRSM. Pemberian WS ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

Semua calon MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4  wajib duduki ujian kecenderungan kemasukan yang merangkumi:

  1. Matematik – 20 soalan objektif
  2. Bahasa Inggeris – 15 soalan objektif
  3. Sains – 30 soalan objektif
  4. Keperibadian – 100 soalan objektif
  5. Ujian khas Ulul Albab tingkatan 1 – ujian hafazan & tulisan jawi (bagi calon program Ulul Albab)

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi pembelajaran tahun 2021 kini telah dibuka sehingga 4 Disember 2020. Permohonan boleh dibuat di laman kemasukan MRSM berikut:

Daftar Pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan dan buat permohonan baru.

Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.

Calon yang berjaya memasuki sistem pendidikan MRSM berpeluang untuk menelusuri ekosistem pendidikan MARA selepas tamat pengajian di MRSM meliputi program persediaan dalam dan luar negara, pendidikan berasaskan TVET dan Profesional di institusi pendidikan MARA dengan tajaan dan pembiayaan MARA atau agensi lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke MRSM, anda boleh terus ke laman web MARA.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan Satu & Tingkatan Empat Tahun 2021

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma