Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pahang Pride Student: Bantuan RM120 & Kad Diskaun 20% Buat Pelajar

Oleh Cikgu Shaari • February 23, 2023 • 2 min baca

Pahang Pride Student: Bantuan RM120 & Kad Diskaun 20% Buat Pelajar
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada tahun 2022, seramai 238,000 orang pelajar atau 150,000 buah keluarga di negeri ini menerima manfaat bantuan persekolahan melalui program Pahang Pride Student yang dilancarkan. Ia merupakan produk kebanggaan Pahang yang ketiga selepas Pahang Pride Kid dan Pahang Pride Kasih.

Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM5 juta ringgit untuk program Pahang Pride Student ini dengan harapan sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama dalam persediaan untuk memulakan persekolahan anak-anak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Pahang Pride Student.

KATEGORI BANTUAN PAHANG PRIDE STUDENT

Bantuan Pahang Pride Student terbahagi kepada 2 kategori berikut:

  • Kad Diskaun
    Pemberian kad diskaun sebanyak 20% kepada 150,000 ketua isi rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah
  • Bantuan RM120
    Pelajar akan menerima sekotak alat tulis bernilai RM120 setiap satu

Kad Diskaun Pahang Pride Student

  • Akan diberikan kepada ketua isi rumah B40 dan M40 yang mempunyai anak bersekolah
  • Menikmati 20% Pembelian di MBS Bookstore sepanjang tahun
  • Jumlah KIR terlibat adalah 150,000

LOKASI KEDAI BUKU MBS BOOKSTORE

Berikut adalah senarai MBS Bookstore di sekitar Pahang untuk ibu bapa menikmati 20% diskaun:

  • MBSWorld
  • MBSECM
  • MBSTemerloh
  • MBSBera
  • MBSMaran
  • MBSJengka
  • MBSMentakab
  • MBSLimbong
  • MBSPekan
  • MBSJerantut
  • MBSChukai
  • MBSMuadzam
  • MBSRaub
  • MBSLipis
  • MBS Art Store
  • MBS Air Putih
  • MBS Balok
  • MBS Taman Tas
  • MBS Indera Mahkota
  • MBS Bentong
  • MBS Rompin (opening soon)

CARA MOHON

Ibu Bapa tidak perlu memohon. Ini kerana, pihak sekolah telah mempunyai senarai nama pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan ini.

Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya sudah siap sedia untuk diagihkan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.