Semakan & Permohonan

Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Melalui Emel

February 23, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di MINDEF seperti yang diiklankan.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan, MINDEF mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui emel dengan menghantar resume ke alamat emel yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
  • Nama jawatan: MyStep Juruhebah/ DJ
  • Kelayakan: Diploma/ Ijazah
  • Tarikh tutup permohonan: Tidak Dinyatakan

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Diploma / Ijazah dalam bidang Komunikasi Massa dan Pemasaran
  • Berkemahiran mengendalikan alatan studio dan memiliki personaliti yang menarik

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:

  • mindefsppuks@gmail.com

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Resume lengkap
  • Salinan sijil berkaitan

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda