Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP

Oleh Cikgu Shaari • January 13, 2023 • 2 min baca

Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi mengatasi masalah pengangguran di negara kita, inisiatif MySTEP telah diperkenalkan dengan peluang kerja dari pelbagai jabatan dan syarikat ditawarkan kepada lepasan sekolah, graduan dan pencari kerja. Kebanyakan jabatan yang mengeluarkan iklan permohonan MySTEP meminta calon yang berminat untuk membuat permohonan melalui email.

Pemohon yang tidak pernah mohon kerja melalui email boleh rujuk PANDUAN INI. Setiap permohonan kerja melalui email mestilah dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti Resume, CV dan sijil akademik.

Nak upload dokumen untuk mohon kerja melalui email pun ada caranya! Ikuti perkongsian di bawah untuk cara attach dan upload dokumen mohon kerja MySTEP dengan betul.

Baca juga: Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP

TIPS ATTACH & UPLOAD DOKUMEN

Untuk attach dan upload resume serta sijil bagi permohonan kerja melalui email, ikut tips berikut:

  • Fail dihantar dalam bentuk format PDF
  • Fail dihantar mempunyai tajuk yang berkaitan dengan jenis dokumen (contoh: RESUME – NUR AINA)
  • Gunakan email dengan nama sendiri yang profesional (contoh: nuraina@gmail.com)

Baca juga: Cara Tukar Format Dokumen PDF, Word, PPT, JPG & Excel Dengan Mudah

CARA ATTACH & UPLOAD DOKUMEN UNTUK MOHON KERJA

Berikut adalah langkah-langkah attach dan upload resume serta sijil diminta untuk mohon kerja melalui email:

  1. Buka email anda seperti biasa
  2. Masukkan alamat email penerima yang betul (seperti dinyatakan dalam iklan jawatan)
    Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
  3. Masukkan subject yang sesuai dengan jenis jawatan dimohon.
    Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
  4. Masukkan cover letter yang sesuai. Boleh dapatkan contoh email lengkap DI SINI.
    Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
  5. Klik ATTACH FILE untuk upload dokumen yang diminta
    Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
  6. Pilih dokumen-dokumen dalam bentuk PDF yang seperti yang diminta dalam iklan jawatan (resume, CV, sijil akademik dan lain-lain)
    Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021

Dah upload dokumen yang diminta dan semak semula email ditulis bagi pastikan tiada kesilapan, klik SEND. Siap! Diingatkan sekali lagi, setiap permohonan kerja melalui email mestilah dimuat naik bersama dokumen diminta dalam bentuk PDF dan mestilah dinamakan.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.