Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon MyStep Di Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Terbuka Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • August 23, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon MyStep Di Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Terbuka Buat Graduan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) kini menawarkan peluang jawatan MyStep kepada individu yang berkelayakan.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan seperti kewangan, media massa/ komunikasi korporat atau pemasaran atas talian, Pernas mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Perbadanan Nasional Berhad – Pernas
  • Nama jawatan: MyStep
  • Tempoh pekerjaan: September hingga Disember 2021
  • Tarikh tutup permohonan: 25 Ogos 2021 (Rabu)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan di Pernas:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan seperti kewangan, media massa/ komunikasi korporat atau pemasaran atas talian dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Keutamaan diberi kepada warganegara yang tidak bekerja dan lepasan graduan bagi memberi peluang menimba pengalaman kerja
  • Boleh mengadaptasi budaya kerja profesional, inovatif dan berdaya saing

CARA MOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP beserta gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan sijil akademik kepada alamat emel berikut:

  • recruitment@pernas.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai-pegawai yang berikut:

  • Encik Abdul Razah (razak.ramli@pernas.my)
  • Cik Farrah Alissa (alissa.yusri@pernas.my)

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.