Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Syarat & Tarikh Agihan 8,000 Komputer Riba Untuk Pelajar B40 & M40 Menerusi PRE 3.0

Oleh Cikgu Shaari • August 23, 2021 • 2 min baca

Syarat & Tarikh Agihan 8,000 Komputer Riba Untuk Pelajar B40 & M40 Menerusi PRE 3.0
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan negeri menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor (PRE 3.0) akan menyediakan 8,000 komputer riba beserta kemudahan internet untuk kegunaan pelajar dari golongan B40 dan M40 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM25 juta. Program itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM126.86 juta disediakan kerajaan negeri menerusi PRE 3.0.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat kelayakan dan tarikh agihan komputer riba kepada pelajar yang layak.

BANTUAN KOMPUTER RIBA

Pakej bantuan yang akan diberikan adalah:

  • 8,000 komputer riba
  • 8,000 pocket wifi dengan talian internet khusus

SYARAT KELAYAKAN

Kerajaan negeri akan mengagihkan 8,000 komputer riba kepada sekolah seluruh Johor yang akan dijadikan aset sekolah untuk dipinjamkan kepada pelajar kurang berkemampuan. Bantuan akan diberikan kepada:

  • Pelajar sekolah di seluruh negeri Johor
  • Pelajar dari golongan B40 dan M40
  • Pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah menetapkan spesifikasi yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berkenaan selain kerajaan turut melaksanakan kajian pasaran bagi mendapat nilai terbaik sebelum membuat perolehan.

TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Bekalan peranti ini akan mula di edar kepada sekolah di Johor pada:

  • Tarikh agihan: Awal bulan September 2021
  • Dijangka selesai sepenuhnya pada November 2021

Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan dihubungi oleh pihak sekolah (tertakluk kepada sekolah masing-masing).

JPNJ juga maklum berkaitan sumbangan (komputer riba, tablet dan data internet) pelbagai pihak antaranya Yayasan Raja Zarith Sofiah, Ahli Parlimen, ADUN, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat dan individu bagi meringankan beban ibu bapa dan pelajar berhubung pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.