Cara Mohon MySTEP Pembantu Tadbir Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Dengan Sijil SPM
Anda graduan atau lepasan sekolah yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022/2023.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan MITI dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon akan ditempatkan di Jabatan Standard Malaysia, MITI.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
- Nama jawatan: Personel MySTEP (Pembantu Tadbir)
- Taraf jawatan: Kontrak
- Tempoh perkhidmatan: Sehingga 31 Disember 2022
- Kadar upah: RM1,600
- Tarikh tutup permohonan: 30 Oktober 2022
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- berumur 18 tahun ke atas
- Mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 semasa permohonan (Lengkap 2 Dos)
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil SPM
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
- Mampu membantu menguruskan mesyuarat, dokumentasi dan sebagainya
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum atau pada 30 Oktober 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume lengkap bergambar
- Salinan Sijil akademik
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil berkaitan
Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:
- afiqahnasir@miti.gov.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Permohonan yang tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.