Cara Mohon MyStep Pelbagai Jabatan Di LPPSA Melalui Email (Dengan Contoh)

Panggilan buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat nak bina kerjaya bersama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)! Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kini membuka peluang pengambilan MyStep Pelbagai Jabatan untuk diisi orang individu yang berkelayakan.

Sekiranya anda berminat nak jadi salah seorang anggota LPPSA, anda boleh buat permohonan bagi jawatan ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui email selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran MyStep Pelbagai Jabatan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Nama Jawatan: MyStep Pelbagai Jabatan
  • Penempatan: Tidak dinyatakan
  • Tarikh tutup: 31 Ogos 2024

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan bagi pelantikan MyStep Pelbagai Jabatan LPPSA:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki sekurangnya Diploma/Ijazah

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan sebagai MyStep Pelbagai Jabatan di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), anda boleh hantarkan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2024 ke alamat email berikut:

  • recruitment@lppsa.gov.my

Permohonan melalui email mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • CV/Resume terkini

Resume yang dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri yang dicari oleh majikan agar lebih mudah untuk anda terpilih menyandang jawatan yang dimohon. Ketahui cara menulis resume yang baik dan perkataan-perkataan yang perlu dielakkan dalam menulis resume.

PANDUAN MOHON KERJA MELALUI EMAIL

Bagi pemohon yang pertama kali memohon kerja melalui email, pastikan anda tidak hantar dokumen semata-mata dan jangan biarkan email anda kosong.

Apa yang perlu ada dalam email memohon kerja?

  • Panggilan majikan/ HR (Tuan/Puan)
  • Matlamat email dihantar
  • Maklumat lulusan akademik
  • Jenis jawatan yang dimohon
  • Tempoh latihan yang calon lakukan sekarang (sekiranya ada)
  • Sebab mengapa anda rasa anda layak mohon
  • Makluman resume disertakan
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Kepilkan Resume & dokumen seperti yang diminta

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Nota: Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma