MyBayar Saman: Bayar Saman Trafik Online, Terima Diskaun 50% Sehingga 18 Julai 2021
Seiring perubahan pola tingkah laku orang ramai yang beralih kepada transaksi melalui internet dan telefon mudah alih, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM telah membangunkan aplikasi MyBayar Saman, suatu kaedah pembayaran saman yang cepat dan mudah.
MyBayar Saman dilancarkan bersempena Sambutan Hari Polis ke 214 tahun 2021 selaras dengan objektif MyDIGITAL, sebuah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan trafik menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% mulai 18 Jun 2021 bagi individu yang membuat bayaran saman melalui Mybayar Saman.
Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut berkenaan MyBayar Saman serta panduan penggunaannya.
Isi Kandungan
MATLAMAT MYBAYAR SAMAN
MyBayar Saman merupakan kemudahan pembayaran dalam talian bagi:
- Mewujudkan alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran sedia ada
- Menuju ke arah ekosistem digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah demi memenuhi ekspektasi orang ramai
DISKAUN SEHINGGA 50%
PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik bermula:
- 18 Jun hingga 18 Julai 2021
Diskaun saman yang ditawarkan adalah termasuk semua saman yang boleh dikompaun termasuk sama-saman dalam kategori senarai hitam. Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021.
KESALAHAN YANG TIDAK DITAWARKAN PENGURANGAN KOMPAUN
Antara kesalahan yang tidak ditawarkana pengurangan kompaun adalah:
- Tidak patuhi lampu isyarat merah
- Lorong kemeasan
- Potong secara merbahaya (potong queue)
- Potong di garisan berkembar
- Kemalangan
- Dalam Perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
CARA BAYAR SAMAN MELALUI MYBAYAR SAMAN
Untuk makluman anda, Portal MyBayar Saman disediakan untuk rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pengguna baru boleh mengakses ke portal dengan membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.
Berikut adalah panduan lengkap membuat pendaftaran dan pembayaran saman melalui MyBayar Saman:
Portal MyBayar Saman (online)
Aplikasi MyBayar Saman
Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda lunaskan pembayaran saman yang ada!
Semoga bermanfaat.