Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Panduan Tukar Alamat Pada MyKad & Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Oleh Cikgu Shaari • December 13, 2022 • 2 min baca

Panduan Tukar Alamat Pada MyKad & Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda berpindah rumah dan nak buat pertukaran alamat pada MyKad? Jangan pandang rendah, sekiranya anda sudah tidak menetap di alamat yang tertera pada MyKad anda, pastikan anda kemaskini segera untuk memudahkan sebarang urusan nanti.

Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara tukar alamat pada MyKad dan senarai dokumen yang perlu disertakan.

CARA TUKAR ALAMAT MYKAD

Untuk membuat pengemaskinian alamat pada MyKad, anda boleh:

  • Hadir ke mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran untuk memohon pertukaran alamat pada MyKad
  • Bawa bersama dokumen sokongan sebagai bukti alamat baharu

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran dikenakan untuk buat pertukaran kad pengenalan adalah:

  • Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru -RM10
  • Bukan Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru – RM40

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon mestilah hadir bersama kad pengenalan asal beserta dokumen sokongan berikut sebagai bukti alamat baharu:

  • Bil utiliti; atau
  • Cukai pintu; atau
  • Cukai taksiran; atau
  • Borang taksiran cukai pendapatan

Selain itu, pemohon juga boleh menggunakan:

  • Perjanjian jual beli rumah; atau
  • Perjanjian; atau
  • Resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon

Sekiranya pemohon yang tidak mempunyai dokumen yang dinyatakan di atas, pemohon perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Penghulu/ ADUN/ Ahli Parlimen/ Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini mereka.

Baca juga:Cara Kemaskini Alamat Tempat Mengundi Secara Online

GANTIAN KAD PENGENALAN MUDAH

Untuk makluman anda, JPN ada menyediakan perkhidmatan gantian kad pengenalan mudah melalui beberapa kaedah, iaitu:

Rujuk: Kadar Bayaran Dikenakan Jika Hilang MyKad Yang Perlu Anda Tahu

Jangan tunggu lama-lama untuk tukar alamat di Mykad anda selepas pindah rumah. Pertukaran alamat ini penting untuk sebarang urusan nanti.

Sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.