Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan)

Di bawah merupakan panduan ringkas untuk anda mengemukakan permohonan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA melalui portal baru SPA9 seperti yang diiklankan. Pastikan anda ikut langkah-langkah dibawah.

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) amat menggalakkan calon yang berkelayakan untuk mohon jawatan yang ditawarkan.

Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan memohon melalui sistem SPA9.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Kekosongan: 43
  • Simpanan: 700
  • Tarikh tutup permohonan: 02 November 2020

Baca juga: Apa Maksud Calon Simpanan Lantikan, Berapa Tempoh Untuk Dapat Lantikan Tetap?

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat-syarat kelayakan memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N29 di bawah:

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    – Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
    – diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Baca juga: Sebab-sebab Anda Tidak Melepasi Syarat Permohonan Di SPA & Tidak Mendapat Tawaran

DESKRIPSI TUGAS

Seorang Penolong Pegawai tadbir N29 menjalankan:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personal, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SISTEM SPA9

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 melalui sistem SPA9:

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan) Ditawarkan

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Pemohon

Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan) Ditawarkan

Langkah 3

Pergi ke bahagian Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi. Pilih jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja

Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan) Ditawarkan

Langkah 4

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan) Ditawarkan

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan) Ditawarkan

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

Bagaimana Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Melalui Sistem SPA9 (743 Kekosongan) Ditawarkan

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melalukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma