Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Isi Rumah & Bujang Sehingga RM2,000
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Kini golongan yang layak dan boleh semak syarat kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia dan cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia yang akan dibuka pada awal tahun 2022 nanti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia di sini.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi syarat kelayakan mengikut kategori berikut:
- Isi Rumah
– Berkahwin; atau
– Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah - Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
– Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah - Bujang
– Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Bali/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– Had umur adalah 21 – 59 tahun; dan
– Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Untuk maklumat anda, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya TIADA REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan baharu boleh dibuat di pautan berikut:
TARIKH KEMASKINI / PERMOHONAN BAHARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Tempoh pengemaskinian maklumat atau permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysa boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 ( 1 bulan)
Tarikh kemaskini atau permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Tarikh pembayaran BKM juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semak kadar bayaran penuh Bantuan Keluarga Malaysia setiap kategori di bawah: