Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

BKM 2022: Siapa Yang Perlu Kemaskini/ Buat Permohonan Baru? Semak Di Sini

Oleh Cikgu Shaari • January 3, 2022 • 2 min baca

BKM 2022: Siapa Yang Perlu Kemaskini/ Buat Permohonan Baru? Semak Di Sini
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), hanya individu tertentu perlu buat permohonan baru dan kemaskini maklumat sepanjang tempoh ditetapkan. Bagi yang pernah menerima bantuan BPR & BKC, anda tidak perlu buat permohonan baharu, tetapi perlu kemaskini  sekiranya ada sebarang perubahan maklumat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut individu yang perlu buat permohonan baharu dan kemaskini BKM.

TEMPOH PERMOHONAN BARU & KEMASKINI BKM

untuk menerima BKM, sebarang urusan permohonan baru dan kemaskini maklumat mestilah dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan)

INDIVIDU YANG PERLU MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman anda, data berikut akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM untuk  diverifikasi kelayakan.

  • Penerima BPR 2021,
  • Penerima BKC B40 dan
  • Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya:

  • Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM
  • Tidak pernah menerima BPR & BKC

INDIVIDU YANG PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Antara maklumat yang boleh dikemaskini adalah:

  • Maklumat akaun bank bertukar
  • Bertukar status dari bujang ke berkahwin
  • Bertukar status dari berkahwin ke bujang (bercerai/ kematian pasangan)
  • Bertambah bilangan anak

Bagi yang nak semak kelayakan dan buat permohonan baru atau kemaskini maklumat BKM, anda boleh buat di laman berikut:

SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU BKM

Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran pertama BKM akan disalurkan di bawah:

TARIKH BAYARAN PERTAMA BKM

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.