Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon • Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •

Bantuan Keluarga Malaysia: Jadual Bayaran BKM Setiap Fasa (Dibayar 4 Kali Setahun)

Oleh Cikgu Shaari • January 4, 2022 • 2 min baca

Bantuan Keluarga Malaysia: Jadual Bayaran BKM Setiap Fasa (Dibayar 4 Kali Setahun)
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada 24 November 2021, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Bila bayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dibuat? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran BKM.

PENERIMA GKP YANG TIDAK DILULUSKAN

Kerajaan kekal komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima. Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

TEMPOH PENDAFTARAN

Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka pada:

  • Mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya TIADA REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan baharu boleh dibuat di pautan berikut:

Ini adalah bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

Siapa yang layak memohon Bantuan Keluarga Malaysia? Semak syarat di bawah:

TARIKH PEMBAYARAN BKM

Untuk makluman juga, pembayaran BKM akan dilaksanakan secara berfasa, iaitu 4 kali setahu melibatkan fasa pertama sehingga fasa keempat:

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 (Mac 2022)

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan
  • Bujang

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 (Jun 2022)

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 (September 2022)

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan
  • Bujang

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 (Disember 2022)

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan

Tarikh kemaskini atau permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Tarikh pembayaran BKM setiap fasa juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semak kadar bayaran penuh Bantuan Keluarga Malaysia setiap kategori di bawah:

KADAR BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.