Bantuan Keluarga Malaysia: Kadar Bayaran Bantuan Isi Rumah & Bujang Sehingga RM2,000

Seperti yang dijadualkan, Bajet 2022 akan diumumkan pada 29 Oktober 2022 jam 4 petang. Menurut Perdana Menteri, Bajet 2022 mempunyai faktor ‘Wow’ kerana ia dirangka untuk memberi manfaat semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2022 adalah ‘dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’ dan berimpak tinggi merangkumi bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta sokongan perniagaan bagi memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat akses kepada pembiayaan bagi menggerakkan semua perniagaan.

Dalam bajet 2022 antara salah satu bantuan tunai yang diumumkan adalah Bantuan Keluarga Malaysia yang akan memberi manfaat kepada isi rumah, warga emas dan golongan bujang.

KADAR BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:

Kadar Bantuan Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM1,000
    – 1 – 2 anak: RM1,500
    – Anak melebihi 3: RM2,000
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    – Tiada anak: RM400
    – 1 – 2 anak: RM600
    – Anak melebihi 3: RM800

Bantuan Keluarga Malaysia: Kadar Bayaran Bantuan Isi Rumah & Bujang Sehingga RM2,000

Bantuan Keluarga Malaysia: Kadar Bayaran Bantuan Isi Rumah & Bujang Sehingga RM2,000

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM600

Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
    – Tiada anak: RM350

 

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat

Tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM AKAN DIKEMASKINI.

Baca: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Isi Rumah & Bujang

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma