Pelajar IPTS Akan Terima Wang Pendahuluan PTPTN & Kenaikan Kadar Pinjaman RM1200 Setiap Sem Mulai 2021

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk memperluaskan pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) khususnya daripada kumpulan B40.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pemberian wang pendahuluan itu dibuat berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun depan.

Selain itu, kadar pinjaman PTPTN setiap semester juga akan dinaikkan. Baca selanjutnya di perkongsian bawah.

KADAR PINJAMAN PTPTN SETIAP SEMESTER DINAIKKAN

KPT juga bersetuju untuk menaikkan kadar pinjaman PTPTN setiap semester seperti berikut:

  • Kenaikan sebanyak RM1200 iaitu daripada RM6800 kepada RM8000

Kenaikan kadar tersebut adalah bagi peminjam B40 melanjutkan pengajian peringkat diploma di IPTS, tertakluk simpanan bertakaful oleh pihak IPTS bermula tahun depan.

CARA BUAT PERMOHONAN PTPTN SECARA ONLINE

Sekiranya anda berhasrat untuk meneruskan pengajian ke IPTA atau IPTS, anda boleh buat permohonan PTPTN apabila dibuka. Klik pautan berikut untuk panduan lengkap membuat permohonan PTPTN secara online:

4 KAEDAH SELESAIKAN HUTANG PTPTN

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kaedah untuk menyelesaikan hutang PTPTN anda. Anda boleh lihat panduan menyelesaikan hutang PTPTN melalui kaedah-kaedah berikut:

Untuk elakkan nama anda kena blacklist oleh CCRIS kerana rekod pembayaran yang tidak baik, anda boleh selesaikan hutang PTPTN anda tanpa rekod buruk dengan mudah. Lihat panduannya DI SINI.

Nama dah kena blacklist? Baca Cara Bersihkan Nama Jika Kena Blacklist Dengan PTPTN.

Bagi membuat semakan baki pinjaman PTPTN anda, semak DI SINI.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma