Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

DidikTV NTV7: Program TV Pendidikan Baru Mula Ditayang. Semak Jadual Rancangan Di Sini

Oleh Cikgu Shaari • November 25, 2020 • 2 min baca

DidikTV NTV7: Program TV Pendidikan Baru Mula Ditayang. Semak Jadual Rancangan Di Sini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, siaran TV pendidikan telah ditambah lagi iaitu melalui DidikTV dari NTV7 yang telah mula bersiaran 23 November lepas.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Media Prima Berhad (MPB) telah bersetuju untuk berkerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV@NTV7 di saluran NTV7.

Kerjasama KPM dan MPB ini adalah inisiatif tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang sebelum ini disiarkan menerusi saluran TV Okey, RTM dan saluran Tutor TV, di Astro.

SIARAN DIDIKTV NTV7

Sebagai permulaan, slot TV Pendidikan di saluran NTV7 akan mula bersiaran seperti berikut:

  • Tarikh: 23 November 2020 sehingga 31 Disember 2020.
  • Tempoh: Selama tiga (3) jam sehari
  • Hari: Isnin hingga Jumaat
  • Waktu siaran: Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

KPM dan MPB juga sedang dalam rundingan bagi meneruskan slot ini pada tahun 2021.

MATLAMAT PROGRAM TV PENDIDIKAN

Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid:

  • Mendapatkan akses kepada bahan pembelajaran, terutamanya semasa lanjutan PKPB
  • Meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian

JADUAL RANCANGAN TV PENDIDIKAN

Untuk makluman anda, jadual rancangan TV Pendidikan akan dimuat naik setiap hari di laman-laman berikut:

Ibu bapa diminta untuk semak jadual rancangan TV pendidikan sehari sebelum hari berikutnya untuk membuat persediaan anak-anak meneruskan pembelajaran.

KPM yakin bahawa slot program TV Pendidikan melalui kerjasama dengan MPB ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan dengan lebih meluas, terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.