Status i-Sinar: Penjelasan Maksud Setiap Warna Status Permohonan i-Sinar Anda
Buat masa ini, Ahli KWSP yang layak masih boleh kemukakan permohonan pengeluaran akaun 1 melalui program i-Sinar kerana permohonan i-Sinar kategori 1 dan 2 dibuka sehingga Jun 2021. Pasti ramai yang sudah mohon sejak permohonan dibuka kan?
Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dan masih menanti status permohonan anda, harap bersabar. Setiap status permohonan yang keluar setiap kali buat semakan status i-Sinar pasti akan keluar dengan warna-warna tertentu. Sebenarnya warna setiap status itu membawa maksud-maksud nya yang tersendiri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan maksud warna status permohonan i-Sinar yang dipaparkan.
Isi Kandungan
MAKNA WARNA STATUS i-SINAR
Hijau: Permohonan Anda Telah Diluluskan
Status ini sangat jelas menyatakan permohonan anda telah LULUS. Jadi anda tidak perlu bimbang mengenai permohonan anda dan hanya tunggu pembayaran dibuat seperti yang dinyatakan dalam status.
Baca: Semakan Tarikh & Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP
Biru: Permohonan Sedang Diproses
Seperti yang telah dimaklumkan, semua pemohon i-Sinar yang masih menunggu keputusan kelulusan akan terima bayaran interim RM1,000 iaitu bayaran pendahuluan walaupun keputusan kelulusan permohonan belum ditentukan.
Jika anda menerima status permohonan berwarna biru, anda akan terima bayaran interim dahulu sambil menunggu keputusan kelulusan permohonan. Semak semula status permohonan selepas 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
Merah: Permohonan Belum Dapat Diproses Sepenuhnya
Dukacita dimaklumkan mungkin permohonan anda mengalami sebarang masalah dari segi syarat kelayakan atau sebagainya. Anda diminta untuk hubungi talian hotline khas i-Sinar di 03 8922 untuk maklumat lanjut.
Penerima status ini tidak lulus untuk bayaran interim dan permohonan juga tidak diluluskan.
Ungu: Permohonan Sedang Diproses
Bagi penerima status ini, anda perlu tahu bahawa permohonan anda TIDAK DILULUSKAN. Namun anda masih layak untuk terima bayaran Interim berjumlah RM1,000 yang ditolak daripada baki Akaun 1 KWSP anda.
Dah semak status semasa anda? Bagi yang belum semak status permohonan i-Sinar, anda boleh buat SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR sekarang untuk tahu status anda! Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang keliru dengan setiap maksud status permohonan i-Sinar.