Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

i-Sinar: Bayaran Interim RM1000 Kepada Semua Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari 

Oleh Cikgu Shaari • January 19, 2021 • 2 min baca

i-Sinar: Bayaran Interim RM1000 Kepada Semua Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam memelihara kebajikan rakyat, Perdana Menteri dalam perutusan Pakej Bantuan Khas yang memperkenalkan pakej bantuan PERMAI semalam telah mengumumkan beberapa penambahbaikan bantuan sedia ada bagi membantu rakyat.

Salah satu daripada bantuan dalam pakej PERMAI adalah bayaran interim sehingga RM1,000 kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 dalam masa terdekat ini. Bayaran ini disediakan bagi meringankan beban rakyat untuk meneruskan kehidupan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tentang bayaran Interim RM1,000 i-Sinar yang anda perlu tahu.

MAKSUD PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR

Apa maksud pembayaran interim yang disediakan kepada pemohon i-Sinar kategori 2? Baca di bawah:

  • Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
  • Pembayaran interim sehingga RM1,000 ini akan ditolak daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dimohon
Ringkasan: Ini bermaksud, setelah anda hantar permohonan pengeluaran i-Sinar kategori 2 dan sedang menunggu permohonan anda diproses anda akan menerima bayaran interim sehingga RM1,000 pada tarikh yang ditetapkan. Tidak kira anda lulus atau tidak permohonan i-Sinar kategori 2, anda tetap akan terima bayaran interim tersebut sebagai bayaran pendahuluan.
Baca: Bayaran i-Sinar: Semak Tarikh Bayaran Pertama & Ansuran Bulanan Secara Online Dengan Langkah Mudah Ini

TARIKH PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR

Bayaran interim kepada pemohon i-Sinar kategori 2 akan dibuat bermula:

  • 26 Januari 2021

Baca: i-Sinar: Cara Muat Naik Dokumen Sokongan Bagi Permohonan Kategori 2. Tak Perlu Buat Permohonan Baru

PEMBAYARAN INTERIM I-SINAR

Seperti yang yang dijelaskan tadi, bayaran interim adalah ditolak daripada jumlah permohonan i-Sinar kategori 2. Jadi bayaran interim kepada pemohon i-Sinar kategori 2 akan dilakukan berdasarkan jumlah permohonan.

Rujuk 2 contoh situasi berikut:

i-Sinar: Bayaran Interim RM1000 Kepada Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari 

i-Sinar: Bayaran Interim RM1000 Kepada Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari 

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan pembayaran interim i Sinar atau permohonan i-Sinar kategori 2, anda boleh terus hubungi talian i-Sinar di 03 8922 4848.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.