Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000 

Oleh Cikgu Shaari • January 26, 2021 • 2 min baca

Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak telah memperkenalkan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang akan memberi manfaat kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card.

Pelbagai manfaat lain yang diberikan kepada pemegang Kenyalang Gold Card selain daripada BIK, boleh digunakan oleh pemegang Kenyalang Gold Card. Kenyalang Gold Card yang turut dikenali sebagai KGC menyediakan kemudahan dan akses untuk orang Sarawak yang layak untuk terima pelbagai manfaat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Ihsan Kematian (BIK) dan pelbagai manfaat lain buat pemegang Kenyalang Card Gold.

BANTUAN IHSAN KEMATIAN

Bantuan Ihsan kematian akan diberikan kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card pada kadar:

  • RM3,000

Tujuan BIK ini adalah sebagai bantuan tujuan pengebumian pemegang Kenyalang Gold Card apabila meninggal dunia nanti. Walaubagaimanapun, pemegang Kenyalang Gold Card akan menerima pelbagai manfaat lain lagi seperti di bawah.

Nota: BIK hanya akan diberikan kepada pemegang Kenyalang Gold Card yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, PERKESO dan sebagainya.

MANFAAT KENYALANG GOLD CARD

Berikut adalah kemudahan dan manfaat yang akan dinikmati oleh pemegang Kenyalang Gold Card:

  • Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti barangan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan
  • Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan
  • Bantuan Ihsan kematian (BIK) berjumlah RM3,000 buat waris pemegang kad

SYARAT PERMOHONAN KENYALANG GOLD CARD

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk mohon Kenyalang Gold Card:

  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada 1 Januari 2020
  • Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
  • Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak

Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000 

CARA MOHON KENYALANG GOLD CARD (KGC)

Individu yang layak boleh buat permohonan KGC dengan langkah berikut:

  1. Lengkapkan borang permohonan secara online di BORANG E-PERMOHONAN KGC
    Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000 
  2. Muat naik dokumen yang diminta
    Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000 
  3. Buat pengesahan dan klik SUBMIT
    Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000 

Siap! Pendaftaran anda telah berjaya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran Kenyalang Gold Card, anda boleh hubungi :

  • Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Tingkat Bawah,
    Bangunan Baitumal Makmur,
    93050 Petra Jaya, Kuching
  • Tel: 082 449140
  • Email: webmaster@kwkpk.sarawak.gov.my
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.