Daftar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Darat (VTL) Untuk Perjalanan Malaysia – Singapura
Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) mulai 29 November 2021. Kerajaan yakin bahawa pelancaran VTL-Land ini dapat menghubungkan semula ekonomi antara Malaysia dan Singapura serta memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Selain itu, keluarga yang telah lama terpisah berikutan sekatan sempadan akibat pandemik COVID-19 dapat dijalinkan semula.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) untuk perjalanan Malaysia – Singapura.
Isi Kandungan
LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN-DARAT (VTL-LAND) MALAYSIA-SINGAPURA
Beirkut adalah maklumat penting tentang Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Darat (VTL) Malaysia – Singapura yang anda perlu tahu:
- Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Darat (VTL) Malaysia – Singapura berkuatkuasa mulai 29 November 2021
- Untuk warganegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta Pemegang Pas Jangka Panjang yang lengkap divaksinasi
- Inisiatif VTL-Land dilaksanakan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen
- Beri peluang rakyat Malaysia dan Singapura yang terpisah dengan keluarga untuk kembali bertemu orang tersayang
DAFTAR VTL-LAND
Berikut adalah pautan untuk pendaftaran bagi Laluan perjalanan Lengkap Vaksin-Darat (VTL- Land) Malaysia-Singapura mulai 29 November 2021:
- Pengembara dari Singapura ke Malaysia daftar di:
https://mysafetravel.gov.my - Pengembara dari Malaysia ke Singapura daftar di:
https://go.gov.sg/vtl-portal
Untuk maklumat lanjut mengenai VTL-Land, layari laman web www.miti.gov.my dan safetravel.ica.gov.sg