Info

Daftar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Darat (VTL) Untuk Perjalanan Malaysia – Singapura

November 26, 2021Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) mulai 29 November 2021. Kerajaan yakin bahawa pelancaran VTL-Land ini dapat menghubungkan semula ekonomi antara Malaysia dan Singapura serta memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Selain itu, keluarga yang telah lama terpisah berikutan sekatan sempadan akibat pandemik COVID-19 dapat dijalinkan semula.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) untuk perjalanan Malaysia – Singapura.

LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN-DARAT (VTL-LAND) MALAYSIA-SINGAPURA

Beirkut adalah maklumat penting tentang Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Darat (VTL) Malaysia – Singapura yang anda perlu tahu:

  • Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Darat (VTL) Malaysia – Singapura berkuatkuasa mulai 29 November 2021
  • Untuk warganegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta Pemegang Pas Jangka Panjang yang lengkap divaksinasi
  • Inisiatif VTL-Land dilaksanakan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen
  • Beri peluang rakyat Malaysia dan Singapura yang terpisah dengan keluarga untuk kembali bertemu orang tersayang

DAFTAR VTL-LAND

Berikut adalah pautan untuk pendaftaran bagi Laluan perjalanan Lengkap Vaksin-Darat (VTL- Land) Malaysia-Singapura mulai 29 November 2021:

Untuk maklumat lanjut mengenai VTL-Land, layari laman web www.miti.gov.my dan safetravel.ica.gov.sg

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda