Cara Remove Dependent Dalam MySejahtera & Pindah Sijil Vaksinasi Ke MySejahtera Sendiri

Pasti anda di kalangan kita yang daftar sebagai dependent di bawah MySejahtera suami atau ahli keluarga terdekat untuk memudahkan urusan scan masuk ke premis atau untuk urusan vaksinasi kan? Namun bila kita daftar sebagai dependent di bawah MySejahtera seseorang, sijil vaksinasi kita tidak akan dipaparkan di dalam MySejahtera kita.

Susahlah nak ke mana-mana sekiranya kita tiada sijil vaksinasi memandangkan kebanyakan premis sekarang memerlukan kita lengkap dos vaksin untuk masuk ke premis. Tahu tak sebenarnya anda boleh remove dependent daripada MySejahtera dan pindahkan sijil vaksinasi ke MySejahtera sendiri dengan mudah?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara remove dependent dan pindahkan sijil vaksinasi ke MySejahtera sendiri.

CARA REMOVE DEPENDENT & PINDAH KE MYSEJAHTERA SENDIRI

Berikut adalah panduan padam dependent dalam MySejahtera orang & pindah sijil vaksinasi ke MySejahtera sendiri:

Padam Dependent Dalam MySejahtera

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah remove dependent di MySejahtera individu yang daftarkan anda sebagai dependent mereka.

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik Covid-19 Vaccination
  3. Klik “Remove Dependent”

Cara Remove Dependent Dalam MySejahtera & Pindah Sijil Vaksinasi Ke MySejahtera Sendiri

Buka MySejahtera Sendiri & Klik Covid-19 Vaccination

Setelah selesai remove dependent, anda dah boleh dapatkan sijil vaksinasi di MySejahtera anda sendiri. Bagi yang masih belum muat turun MySejahtera, anda perlu muat turun sekarang. Buka MySejahtera anda dan klik Covid-19 Vaccincation.

Pastikan Nama Anda Sudah Dibuang Dari Dependent

Sila pastikan nama anda sudah dibuang dari senarai dependent sesiapa. Jika belum dibuang, anda akan dapat paparan berikut:

Sahkan Maklumat

Selesai remove dependent, anda akan dapat paparan seperti berikut apabila klik Covid-19 Vaccination.

Klik Vaccine for____ dan sahkan maklumat nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

Klik Confirm untuk sahkan maklumat anda. Dan klik OK

Jawab Soalan MySejahtera

Jawab semua soalan yang diberikan dan klik Submit untuk hantar.

Klik butang OK

Klik close

Semak Sijil Vaksinasi Di MySejahtera Anda

Setelah selesai, anda dah boleh semak sijil digital vaksinasi anda di MySejahtera sendiri dengan ikut langkah berikut:

  1. Klik Covid-19 Vaccincation
  2. Klik Vaccine for ……….
  3. Klik “Click here to view your Covid-19 vaccination digital certificate”

Siap! Mudah kan? Kini anda dah ada sijil vaksinasi anda di Mysejahtera sendiri. Senang lah selepas ini untuk pelbagai urusan.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma