Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Skim Bantuan Komputer Riba Untuk Pelajar Diploma & Ijazah UPSI

Oleh Cikgu Shaari • November 26, 2021 • 2 min baca

Permohonan Skim Bantuan Komputer Riba Untuk Pelajar Diploma & Ijazah UPSI
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sukacita dimaklumkan Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) menerusi skim bantuan komputer riba bagi pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UPSI yang berkeperluan kini dibuka. Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya pada 7 Disember 2021.

Permohonan boleh dibuat oleh pelajar yang berkelayakan dan tidak memiliki komputer/ komputer riba untuk kemudahan pelajaran. Calon yang telah mohon mestilah lulus temuduga yang dijalankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup berikut:

  • Tarikh tutup: 7 Disember 2021

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan:

  • Pelajar yang beragama Islam sahaja
  • Tidak memiliki komputer/ komputer riba
  • Pendapatan keluarga di bawah RM1,500
  • Pelajar semester 1 – 4 Diploma
  • Pelajar semester 1 – 5 program Ijazah Sarjana Muda
  • Lulus temuduga yang dijalankan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan komputer riba yang ditawarkan untuk tujuan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 7 Disember 2021.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:

borang permohonan skim bantuan komputer riba

Muat naik Penyata Gaji atau Pengesahan Pendapatan di ruangan yang disediakan.

Dengan klik butang “Hantar”, pemohon dengan ini dianggap bersetuju dengan terma dan syarat permohonan serta terma perkhidmatan laman web WEZAS UPSI. WEZAS memandang serius akan segala salah laku permohonan seperti pemalsuan data, dokumen dan apa-apa yang dirasakan perlu dan munasabah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman Facebook WEZAS UPSI.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.